malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Menteri harap Power Rangers tak diharamkan
Diterbitkan:  Mar 21, 2017 11:20 PM
Dikemaskini: 3:22 PM
ADS

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berharap Lembaga Penapisan Filem (LPF) tidak mengharamkan filem Power Rangers yang dikatakan mempunyai unsur gay.

Bercakap dalam sidang media di parlimen hari ini, Nazri mencadangkan supaya ia dikelaskan sebagai PG13 (untuk 13 tahun ke atas dan dengan bimbingan ibu bapa), berbanding diharamkan terus.

“Terpulanglah pada saya jika saya nak bawa anak saya tonton filem itu, siapa yang lebih baik buat keputusan berbanding ibu dan bapa budak itu sendiri?

“Siapa lembaga penapisan untuk katakan ia tidak baik untuk kanak-kanak?

“Kita tidak pernah lantik lembaga untuk jadi pembimbing atau pembimbing moral kita, ibu bapa boleh putuskan sendiri,” katanya.

Selepas Beauty and the Beast melepasi tapisan, nasib Power Rangers pula terumbang-ambing setelah dikatakan menjadi filem adiwira pertama memaparkan watak gay sebagai protagonis.

Malaysia Outlook melaporkan sebuah rangkaian panggung wayang utama di negara ini telah menggantung jualan tiket filem itu.

The Hollywood Reporter pula melaporkan filem itu telah “memecahkan sempadan” apabila memaparkan watak utama LGBT untuk pembikinan semula rancangan TV kanak-kanak era 90-an.

Sementara itu, Nazri juga berkata standard digunakan sekarang tidak boleh dijadikan standard bagi negara ini.

Katanya tiada orang dewasa yang menjadi gay atau lesbian selepas menonton sesebuah filem.

[Baca berita asal]

Lihat Komen