malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Kim Kardashian hampir jadi mangsa rogol
Diterbitkan:  Mar 20, 2017 7:47 PM
Dikemaskini: 11:59 AM
ADS

Selebriti Kim Kardashian mendedahkan hampir diperkosa sewaktu dirompak di Paris pada 3 Oktober tahun lalu.

Buat pertama kalinya Kim berkongsi pengalaman pahit itu kepada umum menerusi episod rancangan realiti televisyen Keeping Up With the Kardashian yang disiarkan pada Ahad.

Isteri penyanyi rap Kanye West itu menceritakan, nyawanya hampir melayang apabila diacu senjata api oleh beberapa lelaki berpakaian seperti anggota polis ketika insiden berlaku.

Kim mengunjungi kota cinta itu bagi menghadiri Minggu Fesyen Paris.

Menceritakan detik-detik cemas itu, Kim berkata dia menyangka akan dirogol dan dibunuh.

“Seorang (daripada lelaki bersenjata) menutup mulut dengan pita pelekat supaya saya tidak menjerit atau sebagainya dan kemudian memegang kaki.

“Pada ketika itu, saya tidak memakai pakaian lain selain baju mandi dan kemudian dia menarik tubuh saya ke arahnya di depan katil.

“Dan saya fikir itu adalah saatnya mereka akan memperkosa saya. Dan tiada apa boleh dilakukan selain menerima apa yang bakal terjadi.

"Bagaimanapun, lelaki itu tidak melakukan perkara yang dijangka, sebaliknya dia mengikat pita pelekat pada kedua-dua kaki saya,” katanya seperti dilapor CNN.

Tambah Kim, perompak berkenaan menghalakan senjata kepadanya sehingga dia berfikir nyawanya bakal berakhir pada bila-bila masa.

“Saya hanya berdoa Kourtney akan mendapat hidup normal selepas dia melihat mayat saya di atas katil,” katanya.

Dalam kejadian rompakan itu, Kim dilaporkan diikat di dalam tandas dan perompak berjaya melarikan diri berserta hasil rompakan bernilai jutaan euro termasuk cincin 20 karat dengan nilai dianggarkan AS$4.5 juta (RM19.9 juta).

Sejak rompakan itu dilaporkan, seramai 17 orang suspek ditahan bagi membantu siasatan pada Januari dan 10 daripada suspek didakwa mempunyai kaitan dengan rompakan terbabit.

Lihat Komen