malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Dr Rozaime teruja jumpa Shamsul Ghau-Ghau
Diterbitkan:  Mar 20, 2017 5:36 PM
Dikemaskini: 10:24 AM
ADS

Ketika penceramah terkenal, Dr Rozaime Ramlee melawat Terengganu, tujuannya antara lain adalah untuk membeli dan merasai kenikmatan keropok lekor.

Namun, tanpa disangka-sangka, lawatan ke negeri itu menemukannya dengan pelakon dan pelawak yang sangat diminatinya, Shamsul Azahar atau lebih dikenali sebagai Shamsul Ghau-Ghau.

“Rezeki saya di Terengganu selain makan keropok lekor ialah berjumpa selebriti abang Shamsul Ghau Ghau.

“Saya membesar dengan lawak jenaka beliau,” tulisnya menerusi status dimuat naik pada akaun Facebook miliknya.

Walaupun ia sekadar gambar perkongsian bersama peminat, namun semakan Malaysiakini hingga petang ini mendapati status itu mendapat lebih 2,900 like.

Shamsul atau nama sebenarnya Shamsul Azahar Aliddin mula mencipta nama menerusi rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan Musim pertama.

Dia kemudian menganggotai kumpulan pelawak Senario sebelum bergerak secara solo serta pernah membintangi beberapa buah filem, antaranya Senario The Movie (1999) dan Soal Hati (2000).

Namun kehidupannya mulai berubah selepas pulang dari menunaikan ibadah haji pada 2012.

Kelibatnya pernah muncul dalam rancangan berbentuk Islamik seperti Pencetus Ummah Musim 3 (Astro Oasis) dan kini mengacarakan program terbitan TV Al- Hijrah berjudul Hijrah Munawwarah.

Dr Rozaime yang juga pensyarah universiti itu, berkata perasaannya begitu teruja atas usaha dipamerkan Shamsul terutama dalam hal berkaitan program berunsur dakwah.

“Mendengar usaha beliau mempromosikan untuk program TV berunsurkan Islam membuatkan saya teruja.

“Moga terus sukses. Kita semua bertanggungjawab menyebarkan risalah Islam,” katanya.

Lihat Komen