malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Larang juga artis bawa watak lembut, sindir Nazri
Diterbitkan:  Mar 16, 2017 6:49 PM
Dikemaskini: 11:38 AM
ADS

Keputusan Walt Disney Company enggan menayangkan filem kontroversi Beauty and The Beast yang telah disunting adalah tepat, kata Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz.

Beliau turut menyokong ketegasan syarikat tersebut yang mahu filem animasi berkenaan ditayangkan tanpa sebarang suntingan dan menyarankan agar ia ditayangkan di panggung tempatan seperti asal.

"Jika disunting, plot filem tidak lagi sama," kata Nazri seperti dilapor The Star.

"Lain kali, jika artis Malaysia membawa watak orang lembut, larang juga (lakonan) mereka.

"Tindakan itu baru konsisten," katanya merujuk kepada pihak penapisan filem tempatan.

Rabu lalu, Walt Disney Company di Amerika Syarikat berkata, mereka tidak akan membenarkan filem berkenaan ditayangkan jika disunting.

Bagaimanapun, pengedar filem tempatan, The Walt Disney Co (M) Sdn Bhd, berkata, tarikh tayangan filem itu ditangguhkan bagi membuat semakan dalaman.

Sehari sebelumnya, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) memberi lampu hijau untuk tayangan filem tersebut di Malaysia selepas melakukan suntingan melibatkan babak homoseksual.

Lihat Komen