malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Nazri: Tak perlu haram filem kerana watak homoseksual
Diterbitkan:  Mar 13, 2017 11:35 PM
Dikemaskini: 3:41 PM
ADS

Pengharaman ke atas sebuah filem berdasarkan watak atau adegan adalah tidak masuk akal, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz.

Bercakap mengenai penangguhan tayangan filem 'Beauty and The Beast' di Malaysia, Nazri berkata sesebuah filem perlu diteliti secara keseluruhan sebelum diharamkan.

Filem Disney itu terpalit kontroversi apabila terdapat karakter homoseksual dalam filem yang diadaptasi dari cerita dongeng kanak-kanak itu.

Nazri berkata kehadiran watak itu tidak akan mempengaruhi anak-anak muda terhadap perlakuan homoseksual.

"Selama ini, walaupun tanpa watak homoseksual di dalam 'Beauty and The Beast', terdapat golongan homoseksual di dunia. Saya tidak fikir ia akan mempengaruhi sesiapa sahaja," katanya seperti dilapor portal mStar.

Nazri berkata sesebuah filem tidak perlu diharamkan kerana mempunyai watak homoseksual walaupun perbuatan itu tidak dibenarkan di negara ini.

"Kita perlu fikir, kita perlu membenarkan orang lain membuat keputusan untuk diri sendiri.

"Terdapat cerita mengenai pembunuhan dan dari segi undang-undang itu salah, tapi adakah anda mengharamkan ia dalam sesebuah filem?," soalnya.

 

Lihat Komen