malaysiakini logo
ADS
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Michelle Yeoh jadi ibu di Singapura
Diterbitkan:  Mar 8, 2017 1:52 PM
Dikemaskini: 6:09 AM
ADS

Aktres Tan Sri Michelle Yeoh terus-menerus melakar kejayaan. Terbaru namanya diumumkan sebagai pelakon yang bakal menjayakan filem terbaru terbitan Warner Bros.

Naskhah arahan Jon M Chu itu diadaptasi dari sebuah novel paling laris New York, Crazy Rich Asians yang ditulis oleh Kevin Kwan.

Dalam Crazy Rich Asians, Michelle akan bergandingan dengan pelakon Amerika, Constance Wu.

Filem itu berkisar kehidupan keluarga kaya berketurunan Cina yang menetap di Singapura.

Rachel Chu (lakonan Constance), seorang profesor ekonomi mengikuti teman lelakinya Nick pulang ke kampung halaman di Singapura untuk menghadiri majlis perkahwinan rakannya.

ADS

Tanpa diketahuinya, Nick berasal daripada keturunan kaya dan menjadi idaman wanita di tempat asalnya.

Malangnya, kesemua wanita berkenaan mencemburui Rachel dan merancang untuk menjatuhkannya.

Michelle akan berlakon sebagai Eleanor Young, ibu Nick yang terlalu mengongkong dan tidak merestui hubungan anaknya dengan Rachel.

Memetik Hollywood Reporter, Crazy Rich Asians kini sedang dalam pembikinan dan melibatkan penerbit Nina Jacobson dan Brad Simpson yang sebelum ini pernah terlibat dengan The Hunger Games.

Michelle berjaya menempa nama di persada antarabangsa menerusi filem James Bond - Tomorrow Never Dies (1997), filem aksi China Crouching Tiger, Hidden Dragon, Memoirs of a Geisha yang diterbitkan Steven Spielberg dan terbaru Mechanic: Resurrection.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen