malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Nikita tarik balik laporan polis ke atas Jupe
Diterbitkan:  Mar 3, 2017 8:23 PM
Dikemaskini: 12:34 PM
ADS

Perselisihan faham antara selebriti Nikita Mirzani dan Julia Perez akhirnya menemui titik noktah apabila wanita itu mengotakan janji untuk menarik semula laporan polis yang dibuatnya.

Sebelum ini, Nikita pernah menyatakan hasrat untuk membatalkan saman terhadap Julia yang didakwanya telah mencemarkan reputasinya.

Peguam Nikita, Fachmi Bachmid mengesahkan perkara itu dilakukan anak guam yang diwakilinya semalam sebelum wanita itu mengunjungi Julia di sebuah hospital di Jakarta.

“Ya benar sudah ditarik laporannya kelmarin, sudah selesai,” katanya seperti dilapor Tribun Jateng.

Julia atau lebih mesra dipanggil Jupe sebelum ini mendakwa Nikita dan teman lelakinya telah memukul pembantunya bernama Lucky.

Ekoran daripada itu timbul perbalahan antara kedua-dua selebriti itu hingga masing-masing meluah perasaan marah di akaun Instagram masing-masing.

Sebaik membatalkan laporan, Nikita menyatakan harapannya agar Julia yang sedang berjuang melawan penyakit barah pangkal rahim untuk terus fokus dengan kesihatannya.

Malah, bintang Comic 8 berkenaan turut membantu Julia untuk menempuh proses sukar yang sedang dilaluinya.

Nikita juga dengan ikhlas hati ingin mendermakan darahnya kepada penyanyi Belah Duren itu.

“Bahkan Nikita akan mendermakan darah kepada Jupe kerana sama jenis A,” kata peguam Nikita, Fachmi Bachmid.

Menurunya, dalam perancangan, Nikita dijangka akan menderma darah kepada Julia, bagaimanapun maklumat lanjut berhubung perkara itu belum boleh dipastikan.

“Katanya mahu menderma ke PMI (Palang Merah Indonesia), tetapi saya tidak ikut,” katanya.

Nikita pernah menjenguk Julia baru-baru ini, namun sayangnya dia lebih selesa tidak banyak berbicara mengenai hal itu.

 

Lihat Komen