malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
M Ishak Yale Yale meninggal dunia
Diterbitkan:  Mar 3, 2017 11:33 AM
Dikemaskini: 3:34 AM
ADS

Penghibur era 1960-an yang popular dengan lagu Yale Yale M Ishak dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Singapura pada pukul 11.30 malam tadi.

Menurut seniman seangkatan dengan beliau, Datuk A Rahman Hassan, jenazah allahyarham dijangka dikebumikan di negara jiran itu selepas solat Jumaat hari ini.

"Berita kematian M Ishak dimaklumkan oleh anaknya kepada saya," kata A Rahman seperti dilapor Utusan Online.

Penghibur veteran itu dilaporkan pada 1 Februari lalu dirawat di Hospital Tan Tock Seng, Singapura ekoran penyakit barah paru-paru.

Selain Malaysia, M Ishak atau nama penuhnya Mohamed Ishak Shaik Mohamed turut popular di Indonesia dengan lagu irama Pop Yeh Yeh.

Lihat Komen