malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Jupe ingatkan tentang kematian
Diterbitkan:  Mar 2, 2017 4:06 PM
Dikemaskini: 10:07 AM
ADS

Hampir sebulan dirawat di sebuah hospital di Jakarta, pelakon Julia Perez hanya terbaring lemah.

Keadaan diri yang uzur membataskan pergerakan penyanyi yang popular dengan lagu 'Belah Duren' itu.

Ramai rakan-rakan artis dan peminat datang bersilih ganti melawat Julia bagi memberikan kata-kata dorongan dan semangat.

Julia, yang lebih mesra disapa Jupe itu kini menderita penyakit barah pangkal rahim tahap empat, sekali gus hampir melumpuhkan aktiviti rutinnya dalam dunia hiburan.

Namun, Jupe tetap kelihatan tabah dan banyak belajar daripada ujian yang dihadapinya saat ini.

Dalam satu posting di Instagram, Jupe mengingatkan mengenai kematian yang boleh datang pada bila-bila masa.

Kepada peminatnya, Jupe meninggalkan pesan:

"Jangan tertipu. Jangan tertipu dengan usia mudamu, kerana syarat mati tidak harus tua.

"Jangan tertipu dengan badan sihatmu, kerana syarat mati tidak harus sakit," demikian posting Julia Perez instagram.

 

🙏

A post shared by Juliaperez (@juliaperrezz) on

Apabila menyebut mengenai kematian, ramai peminat Jupe turut meluahkan perasaan sedih dan simpati mereka.

Mereka memberikan kata-kata semangat kepada Jupe agar sentiasa tabah dalam melawan penyakit barah yang dihadapinya itu.

"Tempat, bila dan bagaimana caranya hanya Allah yang tahu.

"Maka dari itu cukup berserah kepada Yang Kuasa. Semoga kak Jupe cepat disembuhkan diangkat penyakitnya. Aamiin Allahumma Aamiin," tulis pengguna akaun @aiituthiar

Lihat Komen