malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Nikita enggan tambah derita Jupe
Diterbitkan:  Mar 1, 2017 12:42 PM
Dikemaskini: 5:08 AM
ADS

Perseteruan antara dua selebriti Indonesia yang sebelum ini sering mencipta kontroversi dikatakan mulai reda.

Bercakap kepada wartawan, Nikita Mirzani menyatakan niatnya menarik semula laporan polis yang dibuat ke atas Julia Perez.

“Insya Allah secepatnya (tarik laporan),” katanya seperti dilapor portal tabloid bintang.

Sebelum ini, Julia dan Nikita saling berperang mulut di media sosial.

Semuanya gara-gara Julia menuduh Nikita dan teman lelaki kepada pelakon itu memukul pembantunya, Luck.

Berasa sakit hati, Nikita membalas tuduhan itu dan mendakwa Julia cuba memfitnah dan mencemarkan namanya. 

Apabila ditanya mengenai punca menyebabkan Nikita berubah hati, dia memberitahu tidak mahu menambah penderitaan dialami Julia atau lebih mesra dipanggil Jupe itu.

Julia kini sedang terlantar di hospital akibat penyakit barah pangkal rahim yang dihadapinya dan kesihatannya juga dilaporkan semakin merudum.

“Niki tidak pernah marah-marah terhadap sesiapa malah tiada benci atau dendam,” kata Nikita yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan sindiket pelacuran.

Dalam perancangan, Nikita mahu menemui Julia bagi memberi sokongan terhadap penyanyi dangdut itu.

“Dalam waktu terdekat insya Allah mahu datang ke sana kerana dia (Julia) memang memerlukan sokongan moral, dia kan sedang sakit,” kata ibu kepada dua anak itu.

Lihat Komen