malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Raja Ilya sedar pentingnya promosi mulut ke mulut
ADS

Kurangnya promosi dari mulut ke mulut mungkin menjadi salah satu faktor Soulmate Hingga Jannah 'ditendang' keluar awal dari panggung.

“Jika terdapat bilangan penonton yang ramai hadir ke pawagam untuk menyaksikan Soulmate Hingga Jannah pasti ia boleh membantu jumlah kutipan.

“Kerana sudah pasti perkongsian berita dari mulut ke mulut antara penonton mampu membuahkan hasil jika mereka benar-benar menyukai filem berkenaan,” katanya pelakon Raja Ilya, Soulmate Hingga Jannah, kepada Malaysiakini.

Semakan Malaysiakini menerusi portal Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mendapati, kutipan kasar filem arahan Datuk Prof Abdul Razak Mohaideen itu dianggarkan kira-hanya lebih RM22,000 dalam masa lima hari.

Punca sebenar kegagalan Soulmate Hingga Jannah bertahan tidak dapat dikenal pasti.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Fita Studios Sdn Bhd Abdul Latiff Mohaideen, hal itu mungkin disebabkan pertembungan dengan Surga Yang Tak Dirindukan 2 - karya Hanung Bramantyo dari Indonesia.

Sementara itu, Ilya atau nama penuhnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 31, berkata, hatinya sedikit terkilan kerana kurangnya promosi pihak sepatutnya.

“Usaha kami sebagai pelakon adalah untuk menghidupkan bakat kami. Saya dah buat bahagian saya dengan terbaik dan kemudian terserah kepada pihak promosi, produksi dan penerbit,” katanya.

Ternyata, keputusan beberapa pempamer secara mendadak ke atas filem diterajui bersama pelakon Indonesia Taufik Batisah itu benar-benar mendukacitakan Ilya.

“Saya benar-benar terkejut malah bersedih selepas mendapat tahu perkara ini.

“Sepatutnya produk tempatan diberi peluang untuk bernafas selain mendapat sokongan dari negara sendiri.

“Tetapi apa pun, pempamer mempunyai peraturan sendiri dan kita perlu akur, tetapi buat yang ingin membantu tidak salah sekiranya mereka ingin meneruskan tayangan,” katanya yang sedang bersiap sedia ke Hollywood untuk pemilihan filem aksi terbitan Marvel Studios hujung tahun ini.

Lihat Komen