malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Jabatan Negara AS padam tweet tahniah pada pengarah Iran
Diterbitkan:  Feb 28, 2017 11:22 AM
Dikemaskini: 3:25 AM
ADS

Jabatan Negara Amerika Syarikat semalam mengucapkan tahniah kepada seorang pemenang Oscar dari Iran Asghar Farhadi.

Bagaimanapun, tweet itu kemudian dipadam, langkah yang dikaitkan dengan tindakan Farhadi menyelar sekatan imigresen Presiden Donald Trump terhadap tujuh negara umat Islam sebagai “tidak berperi kemanusiaan”.

Akaun Twitter berbahasa Parsi jabatan itu @USAdarFarsi pada mulanya memuat naik ucapan tahniah kepada rakyat Iran dan pengarah filem The Salesman yang merangkul anugerah filem asing terbaik semalam.

Walaupun dipadam, rakaman skrin status itu terus beredar di media sosial, lapor Reuters.

Farhadi tidak hadir ke anugerah itu kerana tidak puas hati dengan Trump. Beliau diwakili oleh dua rakyat AS yang berketurunan Iran.

Salah seorang wakilnya Anousheh Ansari, seorang jurutera dan pelancong angkasa wanita pertama, membacakan kenyataan Farhadi yang berbunyi:

“Memisah-misahkan dunia kepada 'kita' dan 'musuh kita' hanya mencetuskan ketakutan...,” beliau dipetik sebagai berkata.

Jurucakap jabatan itu berkata langkah itu diambil bagi mengelakkan salah faham bahawa mereka merestui ucapan Farhadi dalam anugerah itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen