malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Iedil nampak Prisia bak Wonder Woman
Diterbitkan:  Feb 24, 2017 7:14 PM
Dikemaskini: 11:35 AM
ADS

Beristerikan Prisia Nasution, bagi Iediel Putra wanita itu adalah susuk yang dicari-carinya selama ini.

"Dia seperti Wonder Woman," katanya kepada media di Jakarta, Indonesia semalam.

Iedil Putra ditemui selepas tayangan filem lakonannya - bersama Prisia - Interchange di Jakarta Pusat.

Mereka dipertemukan dalam filem arahan Dain Said itu dan akhirnya bercinta dan membawa kepada rumahtangga.

Menurut Tempo, Iedil mengakui dia amat terpesona dengan keunikan yang ada pada Prisia, 32, pelakon yang memenangi Piala Citra pada Festival Filem Indonesia (FFI) 2011 itu.

"Apa yang penting, dia easy going dan memiliki sense of humor," katanya.

Iedil, 32, anak kelahiran Kuala Lumpur dan pernah mengikuti pengajian bidang kedoktoran di luar negara namun berasakan jiwa seninya begitu tebal dan memilih bidang lakonan.

Sebelum Interchange, dia pernah membintangi beberapa filem lain termasuk Pasport Ekspres (filem pendek), Pekak dan terbaru, Revolusi J.

Prisia - atau lebih mesra dengan panggilan Phia - adalah model dan aktres Indonesia dengan kemunculan pertamanya di layar lebar melalui filem Sang Penari pada 2011.

Peranannya dalam filem itu membolehkan dia meraih penghargaan aktres terbaik FFI.

Menurut Iedil, jiwa Prisia yang suka mengembara itu turut menjadikan hatinya lebih tertawan.

"Ramai yang menganggap seorang wanita perlu ada di rumah saja, tapi jika seseorang itu gemar dengan aktiviti luar, ia suatu kelebihan dan saya sukakan itu," katanya.

Bagi Prisia pula, keunikan Iedil ialah "suka menghilang".

"Itu yang saya suka sebab saya tak gemar lelaki yang menempek terus-teruskan," katanya.

Lihat Komen