malaysiakini logo
ADS
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
'Terima kasih fitnah, malukan, mahu jatuhkan saya'
ADS

Penyanyi Fazura tidak melihat kecaman terhadap kualiti vokalnya sebagai gugatan untuk pergi lebih jauh dalam lapangan hiburan.

“Apabila tiba tahap ini dan difikirkan balik, saya sebenarnya harus berterima kasih kepada pengkritik yang berniat untuk memalukan, menjatuhkan dan memfitnah.

“Tanpa mereka saya tidak ada semangat untuk memperbaiki diri sendiri dan teruskan bidang ini.

“Mereka secara tidak langsung sebenarnya menolak saya lebih ke depan dan mendoakan yang terbaik,” katanya.

Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, 33, ditemui pada majlis menandatangani kontrak bersama Universal Music Malaysia di Kuala Lumpur semalam.

ADS

Penyanyi “Sayangi Dirimu” itu memberi kepercayaan penuh terhadap Universal Music Malaysia untuk bertindak selaku pengurus segala urusan kariernya, termasuk membabitkan nyanyian dan sebagai duta produk tertentu.

Persembahan Oktober lalu

Fazura pernah menjadi sasaran kecaman pengguna media sosial apabila dikatakan gagal menyanyi dengan baik sewaktu membuat persembahan secara langsung di Kejohanan Perlumbaan Grand Prix Malaysia di Litar Sepang Oktober lalu.

Mengulas lanjut isu itu, Fazura juga berkata sikap pengkritik yang gemar mencari kesalahan bagaikan tidak berkesudahan apabila timbulnya sesuatu isu.

Malahan, Fazura ada kalanya tidak memahami mengapa perlu diperbesarkan perkara yang tidak mendatangkan faedah.

“Kalau hendak katakan saya bersikap positif setiap masa tidak juga sebenarnya, sebab saya manusia.

ADS

“Dan yang paling tidak difahami adalah mengapa sesetengah orang gemar viralkan bahagian yang tidak OK. Tapi, saya tidak salahkan sesiapa,” katanya.

Sementara itu, berkongsi kisah mengenai pemilihannya untuk bernaung bawah Universal Malaysia, Fazura berkata ia keputusan besar pernah dilakukan.

Sebagai permulaan, Fazura tampil dengan sebuah single duet bersama juara program The Voice Filipina, Jason Dy, menerusi lagu “Nothing Like Pag Ibig”.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen