malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Lagi imej Lindsay bertudung dirakam
Diterbitkan:  Jan 27, 2017 1:26 PM
Dikemaskini: 7:01 AM
ADS

Gerak geri pelakon Hollywood Lindsay Lohan terus mencetuskan tanda tanya apabila imejnya memakai tudung dirakam sekali lagi.

Kelibat Lindsay menutup kepala berserta pakaian yang lebih sopan berbanding imej seksinya dulu menguatkan lagi spekulasi dia telah memeluk Islam.

Imej itu dirakam jurugambar ketika dia meninggalkan Turki selepas menghadiri satu mesyuarat.

Ia adalah kemunculan pertama Lindsay selepas memadam kesemua gambar dalam akaun Instagram miliknya dan hanya meninggalkan mesej dalam bahasa Arab 'Alaikumsalam'.

Tindakan Lindsay sebelum ini mencetuskan kontroversi selain mencuri perhatian ramai hingga menyebabkan aplikasi Twitter dihujani dengan pujian dan sokongan daripada penganut Muslim dari seluruh dunia.

Lindsay bagaimanapun tidak pernah membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung pertukaran agama, malah jurucakap aktres berkenaan juga tidak memberikan sebarang respon berhubung perkara itu.

Menurut Daily Mail, Lindsay baru-baru ini menyambut tahun baru di Timur Tengah selain memilih untuk bercuti di Dubai.

Khabar angin mengatakan Lindsay mungkin telah menganut Islam sejak 2015 apabila gambarnya berjalan sambil memegang al-Quran dirakam jurugambar selepas menjalankan khidmat komuniti di Brooklyn.

Bagaimanapun, Lindsay dikecam oleh kebanyakan warga di Amerika Syarikat (AS) apabila gambarnya disiarkan media.

“Mereka menyalib saya kerana melakukannya di Amerika. Mereka menganggap saya seperti Syaitan, dan jahat kerana memegang al-Quran yang diberikan oleh rakan,” katanya.

Ekoran kejadian, itu, Lindsay berasa keselamatannya terancam, lalu mengambil keputusan untuk meninggalkan AS dan menetap di London.

 

Lihat Komen