malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Album baru Siti akan ada lagu Cina
Diterbitkan:  Jan 25, 2017 2:31 PM
Dikemaskini: 6:32 AM
ADS

Mahu mencuba sesuatu yang baru, Datuk Siti Nurhaliza akan tampil dengan lagu berbahasa Cina dalam album barunya yang akan dilancarkan tahun ini.

"Setakat ini, lagu semua sudah ada. Malah lagu berbahasa Cina pun ada. Saya mahu cuba benda baharu.

"Saya juga ada usaha seterusnya untuk berkerjasama dengan komposer terkenal, AR Rahman.

“Projek istimewa, tapi masih dalam perancangan," beliau dipetik sebagai berkata oleh Utusan Online.

Portal itu melaporkan album baru itu akan mengandungi 10 lagu baru.

Sebelum ini, Shila Amzah satu-satunya penyanyi Melayu yang terkenal kerana kemampuannya menyanyikan lagu dalam bahasa Mandarin.

Lihat Komen