malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Dangal berjaya tapi ramai kru bakal sengsara?
Diterbitkan:  Jan 12, 2017 9:28 PM
Dikemaskini: 1:36 PM
ADS

Kehebatan filem terbaru lakonan Aamir Khan, Dangal, setakat ini yang mencatat jualan pecah panggung dan tentu melegakan banyak pihak.

Baru tiga minggu disiarkan, karya mengisahkan kegigihan seorang bapa mencapai impiannya kini dianggap filem blockbuster paling berjaya di sepanjang masa di Bollywood.

Filem berkenaan sudah meraih pendapatan bernilai RM313.4 juta untuk pasaran domestik dan jumlah itu masih terus meningkat.

Filem diarahkan oleh Nitesh Tiwari berkisar mengenai kehidupan ahli gusti Mahavir Singh Phogat yang melatih anak perempuannya, Geeta Phogat dan Babita Kumari untuk menjadi ahli gusti bertaraf dunia.

Namun di sebalik kejayaan besar itu, ia tetap membawa khabar meresahkan bagi sesetengah pihak.

Media melaporkan, hampir 100 orang kakitangan syarikat penerbit Dangal akan diberhentikan.

Andaian itu dibuat ekoran pengumuman Walt Disney India - yang memiliki syarikat UTV Motion Pictures - tidak lagi bercadang menghasilkan filem tempatan.

Media tempatan melaporkan khabar angin bahawa Walt Disney mahu mengehadkan jumlah pekerjanya kurang daripada 600 orang setakat ini.

Pengecilan jumlah pekerja itu disahkan jurucakap syarikat itu menjelang permulaan tayangan filem terakhir terbitan Walt Disney India, Jagga Jasoos, pada 7 April ini.

Variety melaporkan, langkah itu dibuat sebagai penstrukturan semula syarikat terbabit kerana mereka ingin menumpukan operasi kepada produk pengguna, rakan niaga runcit dan permainan video yang bersifat holistik.

Bagaimanapun, minggu ini Dangal mungkin akan dicabar pesaing baru apabila filem Ok Jaanu yang menampillan Shraddha Kapoor dan Aditya Roy Kapur mula menjengah pawagam esok.

Pada Sabtu ini pula, produksi Hollywood, xXx: The Return of Xander Cage yang dibintangi Vin Diesel bakal disiarkan, selain filem Bairavaa, Gautamiputra Satkarni dan Khadi No 150.

Media melaporkan Dangal dihasilkan dengan kos hampir RM46 juta.

Selain Aamir, Dangal turut menampilkan Sakshi Tanwar, Fatima Sana Shaikh, Sanya Malhotra, Zaira Wasim dan Suhani Bhatnagar.

Lihat Komen