malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Pemandu sendiri antara suspek rompak Kim Kardashian
Diterbitkan:  Jan 10, 2017 10:41 AM
Dikemaskini: 2:45 AM
ADS

Pemandu selebriti Kim Kardashian antara 16 suspek yang ditangkap berhubung siasatan rompakan terhadap selebriti itu di Paris.

Individu itu ditangkap susulan kebimbangan terhadap penglibatan “orang dalam” dalam kes itu.

Media Perancis melaporkan, suspek rompakan bersenjata itu dibuat selepas penemuan DNA pada barang kemas yang tercicir.

Polis mengesahkan seorang daripada suspek berusia 72 tahun termasuk tiga wanita.

Menurut sumber, polis masih menyiasat sama ada pemandu berkenaan bekerjasama sebagai pemberi maklumat.

Kim, 36, dirompak pada 3 Oktober tahun lalu apabila tinggal di sebuah hotel bagi menghadiri Minggu Fesyen Paris.

Dalam kejadian itu, sekumpulan lelaki bertutup muka merompak Kim dan melarikan barang kemas bernilai 9 juta euro (RM42,696,480), termasuk cincin pertunangan 20 karat, selepas mengikatnya dalam bilik hotel.

Menurut polis, perompak yang kebanyakannya berusia 50-an arif dengan kawasan di situ.

Semasa lari dengan basikal, seorang perompak terjatuh dan tercicir loket berlian bernilai 30,000 euro (RM142,321).

Pakar forensik berjaya memadankan cap jari pada loket berkenaan kepada seorang penjenayah yang mempunyai rekod polis.

“Satu daripada cap jari padan dengan individu yang sering ditahan bagi membantu siasatan, disabitkan dengan undang-undang am dan gangster tahap tinggi,” seorang pegawai polis tempatan dipetik sebagai berkata.

Kardashian benar-benar trauma dengan insiden terbabit hingga bergegas meninggalkan Paris keesokan harinya.

Selepas lama menyepikan, Kim menyambung semula rakaman rancangan realiti Keeping Up With the Kardashians.

Antara Kardashian menjadi sasaran perompak adalah sikapnya yang gemar menayang barang kemas dan kehidupan mewah di media sosial.

Segala tindak-tanduk Kardashian menjadi perhatian di kalangan 90 juta pengikutnya di Instagram dan hampir 50 juta lagi di Twitter.

Lihat Komen