malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
'Dia ada segala-galanya, tapi pilih mengkritik'
Diterbitkan:  Dec 27, 2016 5:26 PM
Dikemaskini: 9:30 AM
ADS

Walaupun tidak digemari tuan punya badan, sikap lantang Siti Nurhaliza Taruddin yang mengkritik Datuk Seri Jamal Md Yunos tetap mendapat sanjungan, termasuk daripada seniman kontroversi Zunar.

Walaupun berkata tidak meminati Siti, Zunar (gambar) hari ini mengakui penyanyi nombor satu negara itu mempunyai ciri-ciri yang wajar diberi perhatian.

“Dia boleh saja menikmati kedudukannya tanpa memperdulikan lingkungan seperti kebanyakan artis.

“Tapi beliau tetap memilih untuk bersuara dan mengkritik, walau pun selepas itu dia dicerca malah menerima pelecehan seksual,” kata Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque.

Zunar berkata, ciri-ciri “bersuara apabila melihat ketidakbenaran” itu sama seperti dilihat pada tokoh seperti pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sastetaean Neagra Datuk A Samad Said dan bekas pengerusi Majlis Peguam Datuk S Ambiga.

Siti antara artis turut mengkritik tindakan Jamal mengadakan protes masalah air dengan hanya bertuala di pejabat menteri besar Selangor di Shah Alam.

“Jangan jadi macam Jamal ye,” katanya ketika mengulang semula sindiran rakan artisnya Yasin Sulaiman di laman perkongsian gambar Instragram.

Jamal, juga di laman sosial, membalas semula dengan berpesan supaya siti “jaga air sendiri yang tidak berapa subur itu, atau cari air lain”.

Kenyataan ini dianggap seksis oleh anggota parlimen wanita.

Menulis di Facebook, Zunar juga membangkitkan sama ada Siti akan terus bersikap demikian, termasuk jika berdepan tekanan.

“Apakah beliau akan terus bersuara atau tunduk kepada tekanan? Tunggu dan lihat,” katanya.

Lihat Komen