malaysiakini logo
story-image
story-image
ADS

Datuk Siti Nurhaliza muncul sebagai pemenang paling banyak membawa pulang trofi pada Anugerah Industri Muzik ke-22 (AIM22) yang baru berakhir sebentar tadi.

Penyanyi kelahiran Pahang itu mengungguli empat daripada tujuh pencalonan, iaitu Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita), Lagu Nasyid Terbaik, Anugerah Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu dan Album Terbaik AIM22

Selain itu, Siti turut memenangi Anugerah Pilihan Penyanyi Malaysia yang dipilih melalui undian peminat.

Kemenangan Siti membuktikan bahawa biduanita itu masih mampu menarik perhatian panel juri selepas bertahun-tahun berkecimpung dalam industri muzik.

Sementara itu Faizal Tahir tidak kurang hebatnya.

Walaupun tidak menggondol trofi sebanyak Siti Nurhaliza, penyanyi Cinta Dirgahayu itu terpilih memenangi Anugerah Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik.

Lagu Terbaik adalah satu daripada anugerah paling utama AIM, selain Album Terbaik.

Anugerah Kembara pula dimenangi oleh Yuna Zarai atas usahanya mengharumkan nama Malaysia di luar negara.

Seorang lagi penyanyi terkenal, Datuk Sheila Majid terpilih memenangu Anugerah Sri Wirama sebagai mengenang jasanya terlibat aktif dalam industri sejak 30 tahun lalu.

Sejumlah 80 nama dicalonkan dalam 16 kategori untuk AIM22 ini.

Majlis anugerah paling berprestij bagi mengiktiraf penggiat industri muzik Malaysia dianjurkan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).

Senarai calon akhir menampilkan gabungan menarik nama-nama besar yang disegani serta pendatang baru.

Menurut penganjur penerimaan lebih 731 pencalonan untuk AIM tahun ini amat membanggakan berbanding 610 yang diterima untuk AIM21.

Daripada lima calon akhir untuk setiap kategori yang diumumkan, hanya satu pemenang akan dipilih untuk menerima trofi AIM berbentuk mikrofon.

Senarai penuh pencalonan dan pemenang AIM22:

Artis Baru Terbaik

  • Bella Nazari
  • Def Fam
  • Lyia Meta
  • Projector Band
  • Syamel  - pemenang

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Lelaki)

  • Akim Ahmad (Potret)  - pemenang
  • Faizal Tahir (Sejati)
  • Hazama (Sampai Mati)
  • Hazami (Cintai Dia)
  • Lah Ahmad (Syukur)

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita)

  • Datuk Siti Nurhaliza (Menatap Dalam Mimpi) - pemenang
  • Dayang Nurfaizah (Lelaki Teragung)
  • Jaclyn Victor (Seindah Mimpi)
  • Najwa Mahiaddin (Guilty Room)
  • Nona (Takkan Biarkan)

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Lagu

  • Back2Basixx (Senyuman)
  • De Fam (#Super Girls) - pemenang
  • Nowseeheart (Selawat Untukmu)
  • The Mikraj (Qod Kafani)
  • UNIC (Syamail Muhammadiah)

Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu

  • Elizabeth Tan & Faizal Tahir (Setia)
  • Hunny Madu & Kayda (Go Hard Or Gostan)
  • Misha Omar & Hafiz Suip (Terimaku Seadanya) - pemenang
  • Najwa Mahiaddin & Juny (After The Rain)
  • Sonaone, Joe Flizzow & Akeem (Go Do That)

Kulit Album Terbaik

  • Sekumpulan Orang Gila – Bahtera - pemenang
  • Fynn Jamal – Puisi Tepi Jalan
  • Yuna – Material
  • Pitahati – Selamat Datang Ke Panggung Suara
  • Reena Nicky – Penuh Magika

Rakaman Album Terbaik

  • Yuna – Material
  • Froya – Panic Bird
  • Gabriel Lynch – All of Us
  • Q Sound – Duel Citizenship
  • Datuk Siti Nurhaliza – Datuk Siti Nurhaliza Unplugged - pemenang

Video Muzik Terbaik

  • Stacy – Not For Sale - pemenang
  • Kaka Feat Sleeq – Bukan Hal Aku
  • Hazama – Sampai Mati
  • Paperplane Pursuit – Who’s Gonna Stop Me
  • Fynn Jamal – Suatu Pernah

Lagu Pop Etnik Terbaik

  • Joget Sulam Sakti – Reena Nicky - pemenang
  • Ingga – Amir Jahari
  • Kelik La Weii – Man Khan/Aris Kapila
  • Mathbawi 1 Mawar – Usop Kopratasa & Rafi Suhu
  • Sepertinya – Fynn Jamal & AG Coco

Lagu Nasyid Terbaik

  • Suhaimi Saad – Cinta Sidna
  • Caliph Busker – Hanya Nama-Mu
  • Lah Ahmad – Maulaya
  • Datuk Siti Nurhaliza – Mikraj Cinta - pemenang
  • Daqmie – Tangis Sebatang Tamar

Lagu Rock Terbaik

  • Projek Pistol – Berani Mati
  • Azlan & The Typewriter – Mata Hati - pemenang
  • Azlan & The Typewriter – Lebih Baik Sendiri
  • Akim & The Majistret – Potret
  • Amy Search feat Edrie Hashim – Redha Kemenangan

Lagu Pop Terbaik

  • Faizal Tahir – Assalamualaikum
  • Syamel – Hidup Dalam Mati
  • Datuk Siti Nurhaliza – Menatap Dalam Mimpi
  • Hazama – Sedetik Lara
  • Faizal Tahir – Sejati - pemenang

Lagu Hip Hop Terbaik

  • SonaOne – Confirm Ah
  • SonaOne – Hakeleh
  • Altimet & Takahara Suiko – Janji - pemenang
  • Lah Ahmad feat Altimet – Mengelamun
  • Salammusik – Terima Kasih

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik

  • Elvira Arul – Christmas in The Sun
  • SonaOne – Firefly - pemenang
  • Juwita Suwito – Just Like That
  • Daiyan Trisha – Stargazing
  • Vince Chong – Wonder

Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu

  • Elvira Arul – Christmas in The Sun
  • Datuk Siti Nurhaliza – Jaga Dia Untukku - pemenang
  • Datuk Siti Nurhaliza – Menatap Dalam Mimpi
  • Caliph Busker – Hanya Nama-Mu
  • Faizal Tahir – Assalamualaikum

Album Terbaik

  • Akim & The Majistret – Patriot
  • Datuk Siti Nurhaliza – Datuk Siti Nurhaliza Unplugged - pemenang
  • Black – Black
  • Mojo – Nada
  • Estranged – Sepenuhnya Vol 1

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen