malaysiakini logo
ADS
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Radioterapi menakutkan tapi Shannen kian berani
Diterbitkan:  Nov 29, 2016 6:56 PM
Dikemaskini: 12:31 PM
ADS

Pelakon siri televisyen Beverly Hills 90210 Shannen Doherty sentiasa bersikap terbuka apabila membicarakan tentang perjuangannya memerangi kanser payudara.

Dan baru-baru ini untuk pertama kali dia berkongsi imejnya menjalani rawatan radioterapi menerusi akaun Instagram buat tatapan peminat.

“Hari pertama menjalani rawatan radioterapi. Saya kelihatan seperti nak melarikan diri dan memang itulah sebenarnya.

“Radiasi memang menakutkan saya.

“Tidak dapat melihat laser yang dihalakan ke kawasan kanser, rawatan yang perlu dilalui dan ada mesin bergerak di sekeliling benar-benar menakutkan saya,” katanya.

ADS

Menurut pelakon yang namanya meningkat selepas membawa watak Brenda Walsh menerusi drama remaja pada 1990 hingga 1994 itu, dia mungkin boleh menyesuaikan diri dengan keadaan itu tidak lama lagi.

Bagaimanapun, dia mungkin perlu mengambil masa beberapa ketika sebelum berasa selesa.

“Saya yakin boleh selesa tetapi sekarang.. saya membencinya,” katanya seperti dilapor portal ABC News.

ADS

Bersama imej berkenaan, aktres AS itu turut menyertakan hashtag #radiation #radiationmondaysucks dan #stillfightinglikagirl.

Shannen, 45, mendedahkan dia mengidap kanser pada tahun lalu.

Ketika itu dia meyalahkan bekas pengurus perniagaannya kerana membiarkan insurans kesihatannya luput tarikh.

Media melaporkan, kes berkenaan selesai pada musim panas lalu.

Sejak disahkan mengidap kanser payudara, Shannen telah menjalani pembedahan mastektomi - membuang semua tisu pada payudara bagi merawat atau mengelak kanser. Selain itu, dia juga pernah menjalani kemoterapi.

Menurut Shannen, dijangkiti kanser sebenarnya boleh membina jatidiri seseorang dalam berdepan masalah kesihatan.

“Bagi saya, perkara indah, sukar dan menarik mengenai kanser adalah ia menjatuhkan kamu, tetapi pada masa sama ia membina semula kekuatan diri,” katanya.

Kata Shannen, kanser juga mengubah pandangannya mengenai diri sendiri.

“Saya menjadi individu yang berbeza daripada apa yang saya anggap sepatutnya saya jadi.

“Dan saya sedar: Wow! Saya benar-benar yakin Shannen ialah wanita yang berani dan bersyukur kerana sifat yang lama terselindung itu akhirnya keluar," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen