malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Tiada lagi boikot FFM, kata pengarah Finas
ADS

Semua persatuan filem utama hari ini mencapai kata sepakat untuk bergerak ke hadapan dengan penganjuran Festival Filem Malaysia ke-28 yang akan datang (FFM28).

Perkara itu dinyatakan selepas mereka mengadakan pertemuan dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak hari ini.

Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Datuk Kamil Othman berkata sesi taklimat itu diadakan untuk menyelesaikan perbezaan pendapat berhubung kategori anugerah utama.

"Pagi tadi adalah (sesi) penjelasan (oleh menteri) sebab kita rasa sebelum tadi pagi ada banyak persepsi

"Menteri pun telah beri penjelasan yang jelas. Kita akhiri mesyuarat tersebut on the same page," katanya.

Kamil, bagaimanapun berkata butiran akhir hanya akan diumumkan oleh Pengerusi Finas Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib esok.

Finas pada minggu lepas berkata, kategori bagi Lakon Layar Terbaik, Pengarah Terbaik dan Filem Terbaik bagi FFM28 akan dibuka kepada semua filem Malaysia tanpa mengira bahasa.

Kategori itu diasingkan sebelum ini, dengan filem yang menggunakan 70 peratus bahasa kebangsaaan dikategorikan dalam filem bahasa Malaysia.

Salleh membuat pengumuman tersebut selepas terdapat gesaan untuk memboikot FFM ke-28 apabila filem seperti Jagat dan Ola Bola diasingkan dalam kategori Filem Terbaik bukan bahasa Malaysia.

Timbalan Pengerusi Finas Datuk Yusof Haslam pula berkata semua yang hadir bersetuju untuk mematuhi nasihat Salleh.

"Semua persatuan datang dan kita akur dengan semua nasihat menteri

 

"Dalam apa juga keputusan tak boleh puaskan hati semua orang tapi tegaskan harus bersatu," kata Yusof yang juga Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia.

Sebagai respon kepada pengumuman Salleh, Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) tidak membabitkan diri dengan majlis yang akan datang.

Pada masa yang sama, Yusof juga berkata perbezaan pendapat dalam industri ini tidak mewakili pandangan anggota majoriti persatuan.

Antara persatuan yang hadir pada mesyuarat itu ialah Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) dan Seniman.

Lihat Komen