malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Tunggu 'amukan' perompak jelita
Diterbitkan:  Aug 12, 2016 4:46 PM
Dikemaskini: 9:02 AM
ADS

Selepas kejayaan siri francais Ocean's Eleven penerbit filem kini sedang menghasilkan ramuan baru untuk mengikat hati peminat wayang dengan formula baru.

Jika dulu siri pencuri elit itu digambarkan penuh dengan gabungan kecerdikan dan dan ketampanan, kali ini produksi digelar Ocean's Eight akan tampil dengan wajah yang benar-benar berbeza.

Setakat ini antara nama yang dikaitkan dengan filem terbaru itu ialah Rihanna, Mindy Kaling, Helena Bonham Carter dan penyanyi rap Awkwafina.

Jika terma dan perjanjian dipersetujui mereka akan bergandingan dengan Sandra Bullock, Anne Hathaway serta Cate Blanchett dalam filem terbitan Warner Bros itu.

Benar, kelompok pencuri elit kali ini dianggotai hanya kalangan wanita.

Pendekatan terbaru itu mula-mula dilaporkan portal Deadline dan hari ini ia dilaporkan CNN.

Menurut sumber proses pemilihan pelakon masih berlangsung dan maklumat rasmi mengenainya tidak akan disiarkan sehingga waktu yang sesuai.

Pelakon pemenang Oscar

Setakat ini sudah ada tiga filem Ocean dihasilkan. Antara pelakon yang pernah menjayakannya ialah George Clooney, Matt Damon dan Brad Pitt.

Ketiga-tiga filem itu mendatangkan keuntungan lebih AS$1.1 bilion (RM4.4 bilion) di seluruh dunia.

Untuk Ocean's Eight ini, pengarah The Hunger Games, Gary Ross, ditunjuk sebagai sutradara manakala skripnya ditulis Ross dan Olivia Milch.

Jika pelakon terbabit disahkan secara rasmi membintangi filem berkenaan ia tentu sangat menarik.

Sebahagian daripada mereka - iaitu Sandra, Cate dan Anne - pernah memenangi Anugerah Academy, manakala Helena dicalonkan dua kali sebelum ini.

Ocean's Eleven diterbitkan pada 2001 dan adalah versi binikan semula daripada filem 1960 - dengan judul sama - lakonan Frank Sinatra and Dean Martin.

Sumber menyatakan sesi penggambaran Ocean's Eight akan bermula di New York Oktober ini.

Lihat Komen