malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Jagat kenang nasib di tanah air sendiri
Diterbitkan:  Aug 5, 2016 8:28 PM
Dikemaskini: 12:34 PM
ADS

Di luar negara ia dianggap dianggap sebagai filem Melaysia tetapi di negara sendiri lain pula penerimannya.

Begitu keluhan Shanjey Kumar Perumal, pengarah filem Jagat yang hilang kelayakan bertanding sebagai filem terbaik dalam Festival Filem Malaysia bulan depan.

Ini susulan karyanya itu kini dikelaskan untuk kategori filem terbaik bukan dalam bahasa Malaysia – yang pertama kali berlaku dalam penganjuran festival itu.

“Saya rasa tak perlu diasingkan mengikut bahasa. Apabila kita pergi ke New York, Asian Film Festival, filem Jagat dipanggil sebagai filem Malaysia.

“Dan apabila saya pergi ke India untuk membuat proses DCP, di sana mereka jelas menulis Jagat filem Malaysia.

ADS

“Tetapi di tanah air sendiri, filem-filem kita dikategorikan mengikut bahasa. Jadi saya rasa ia sesuatu yang tidak perlu.

"Dan saya rasa sesuatu yang tak matang,” katanya seperti disiarkan dalam siaran video Astro Awani.

Ditanya berkaitan kepentingan bahasa dalam filem, Shanjey Kumar berkata ia cuma satu unsur dalam filem, selain penatan seni, bunyi, lakonan, suntingan dan sinematografi.

“Kalau kita ambil novel atau drama radio, kemungkinan novel dan juga drama radio tidak boleh wujud tanpa bahasa.

“Tetapi filem adalah sesuatu yang unik kerana kita masih boleh bercerita walaupun tidak mempunyai bahasa,” katanya.

Beliau antaranya membangkitkan tentang filem The Artis yang memenangi anugerah walaupun tidak mempunyai sebarang dialog.

“Apabila kita letakkan bahasa sebagai satu-satunya tunjang utama untuk menilai sesebuah filem, maka saya merasakan ia suatu disgrace untuk medium visual,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen