malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Katy Perry kini ada 90 juta pengikut
Diterbitkan:  Jul 12, 2016 1:25 PM
Dikemaskini: 5:43 AM
ADS

Penyanyi Katy Perry menjadi manusia paling ramai mengumpul pengikut di Twitter, meninggalkan Presiden AS Barack Obama jauh di belakangnya.

Buat masa ini penyanyi lagu Roar mempunyai 90 juta pengikut dan dia sendiri hanya mengikut 160 akaun lain.

Jumlah itu mengatasi pengikut Kourtney, Khloe, Kylie, Kendall, dan Kris Kardashian walaupun semuanya digabungkan.

Antara tokoh terpilih diikut Katy ialah bekas wanita pertama AS Hillary Clinton, selebriti Nicole Ritchie, Britney Spears dan Dalai Lama.

Berdasarkan data dikeluarkan Twitter, sebahagian besar daripada 10 akaun teratas memiliki pengikut paling ramai adalah artis.

Tiga akaun yang bukan artis ialah Obama, YouTube dan Twitter.

Tempat kedua dikuasai Justin Bieber yang dibezakan lebih enam juta pengikut.

Taylor Swift pula di tempat ketiga dengan 79 juta pengikut.

Pencapaian Katy itu memang luar biasa kerana sehingga 1 Julai lalu tiada sesiapa pernah mencatat pengikut seramai 90 juta akaun di Twitter.

Menghargai pencapaian itu Twitter juga menyiarkan beberapa data menarik mengenai Katy.

Menurut Twitter, enam ungkapan terbanyak digunakan peminat Katy dalam tweet memetik namanya ialah “my queen,” “beautiful,” “the best,” “better than,” “amazing” dan “my spirit animal.”

Tweet pertama Katy bertarikh 20 Februari 2009. Melalui catatan terawal itu Katy berkata dia sendiri adalah orang yang "mengikut" orang lain mendaftar sebagai pengguna Twitter.

Bagaimanakan Katy meraikan pencapaian luar biasa itu?

Mengikut laporan Huffington Post, artis berusia 31 tahun itu meluangkan masa di rumahnya - bersendirian.

Pada petangnya di sebalik memiliki 90 juta pengikut Katy menghabiskan masa dengan membersihkan wajahnya.

Berikut adalah senarai 10 pemilik akaun Twitter paling ramai pengikut:
Katy Perry (@katyperry)
Pengikut: 90,349,089
Mengikuti: 160
Jumlah tweet: 6,928

Justin Bieber (@justinbieber)
Pengikut: 84,340,807
Mengikuti: 276,604
Jumlah tweet: 30,440

Taylor Swift (@taylorswift13)
Pengikut: 79,271,372
Mengikuti: 245
Jumlah tweet: 4,139

Barack Obama (@BarackObama)
Pengikut: 75,954,372
Mengikuti: 635,427
Jumlah tweet: 15,082

YouTube (@YouTube)
Pengikut: 62,908,011
Mengikuti: 932
Jumlah tweet: 16,982

Rihanna (@rihanna)
Pengikut: 62,597,610
Mengikuti: 1,138
Jumlah tweet: 9,837

Lady Gaga (@ladygaga)
Pengikut: 61,206,880
Megikuti: 130,492
Jumlah tweet: 7,459

Ellen DeGeneres (@TheEllenShow)
Pengikut: 60,760,881
Mengikuti: 36,407
Jumlah tweet: 12,535

Justin Timberlake (@jtimberlake)
Pengikut: 55,752,323
Mengikuti: 181
Jumlah tweet: 3,383

Twitter (@twitter)
Pengikut: 55,685,939
Mengikuti: 145
Jumlah tweet: 2,964

Lihat Komen