malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Yuna pilihan Rolling Stone
Diterbitkan:  Jun 28, 2016 12:15 PM
Dikemaskini: 4:41 AM
ADS

Tuah terus menyinar penyanyi tempatan Yuna di AS apabila album terbarunya Chapters diiktiraf oleh majalah muzik antarabangsa Rolling Stone.

Pengarang majalah antarabangsa itu Mosi Reeves mengangkat album berkenaan sebagai antara yang terbaik menerusi artikelnya Best R&B Albums of 2016 So Far.

Reeves menyifatkan album menampilkan kemunculan penyanyi Usher dan Jhene Aiko itu berjaya menyerlahkan sisi bakat dimiliki Yuna terutama dalam penulisan lirik.

“Penyanyi pop Malaysia Yuna memerlukan hanya satu atau dua single popular untuk mengukuhkan nama dalam kalangan pendengar arus perdana,” tulisnya.

Turut menyertai Chapters dalam senarai artikel berkenaan ialah ikon lain seperti Beyonce dan Rihanna.

Chapters diterbitkan pada April lalu.

Rolling Stone adalah majalah yang hiburan yang memfokuskan kepada budaya pop paling popular. Selain AS, ia juga diterbitkan di kira-kira 20 buah lagi negara di seluruh dunia.

Lihat Komen