malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Korea Selatan buka akademi K-pop di Mexico
Diterbitkan:  Jun 8, 2016 12:54 PM
Dikemaskini: 5:12 AM
ADS

Korea Selatan terus melebarkan 'empayar' K-pop dengan membuka akademi khusus untuk seni hiburan berkenaan di Mexico.

Media hari ini melaporkan peserta akademi itu akan diberi latihan berbahasa Korea bagi memastikan mereka dapat mengungkapkan lirik lagu negara berkenaan dengan betul.

Agensi berita Yonhap menyatakan peserta turut diberikan latihan tarian dan nyanyian selama sebulan.

'Akademi K-pop' itu ditubuhkan dengan tajaan kerajaan Korea Selatan.

Menurut Yonhap, tenaga pengajar pula terdiri daripada jurulatih profesioal yang menurunkan ilmu masing-masing dalam bidang vokal dan koreografi.

Sebahagian daripada jurulatih itu adalah orang yang memang bertanggungjawab membentuk serta melahirkan artis K-pop terkenal, seperti Girls' Generation.

Bagaimanapun penduduk Mexico yang ingin mendalami seni K-pop itu mestilah berusia sekurang-kurangnya 15 tahun.

Kontrak mengikat artis

Akademi itu dikendalikan Pusat Kebudayaan Korea di Mexico City.

Jurucakap pusat berkenaan berkata setakat ini lebih 400 orang sudah memohon menjadi peserta walaupun hanya 60 tempat disediakan setakat ini.

Pengarah pusat kebudayaan itu, Chang Chi-young, berkata akademi berkenaan memberi peluang kepada Seoul mempelbagaikan kaedah mereka menyebarkan kebudayaan Korea Selatan.

"Mereka boleh mengalami sendiri salah satu budaya kami berbanding hanya menyaksikan artis K-pop beraksi," katanya.

Sebelum ini Pusat Kebudayaan Korea itu pernah menyediakan pelbagai kursus jangka pendek merangkumi pelbagai aspek, termasuk makanan, sejarah dan pakaian tradisional.

Sejak beberapa tahun lalu Seoul dilihat mengeksport budaya pop mereka ke seluruh dunia.

Satu daripada ikok K-pop paling berkesan ialah penyanyi Psy yang menakluk dunia dengan Gangnam Style.

Bagaimanapun industri itu turut dipertikaikan kerana artis biasanya diikat dengan kotrak yang menjerihkan - sama ada untuk aksi di atas pentas atau di bilik latihan.

Sesetengah artis turut mengadu mereka dilarang untuk menjalin hubungan cinta dengan sesiapa sepanjang tempoh kontrak berlangsung.

Lihat Komen