malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Iron Man mengaku tertekan bawa watak sama
Diterbitkan:  Apr 19, 2016 12:13 PM
Dikemaskini: 4:16 AM
ADS

Selepas enam kali membawa watak Iron Man, Robert Downey Jr mengakui dia 'kepenatan'.

Menurut aktor berusia 51 tahun itu, dia mengaku berdepan tekanan demi tekanan setiap kali membawa watak adi wira berpakaian serba besi itu.

Tekanan itu dikhuatiri akan mendorong Downey kembali dijerut masalah silam iaitu penagihan dadah.

Kemunculan Downey dalam Captain America: Civil War adalah tugas keenamnya membawa watak Iron Man setakat ini.

Ditanya perasaannya mengenai tugas membawa watak sama sehingga enam filem Downey mengakui ia tidak mudah.

"Setiap orang boleh bangkit daripada kekecewaan berkali-kali dalam hidup, namun tekanan tetap tekanan," katanya.

Downey pernah 'hanyut' dalam industri hiburan Hollywood selepas terperangkap dalam penagihan dadah.

Dia terpaksa mengikuti program pemulihan untuk keluar daripada masalah berkenaan.

Sebelum menjadi aktor kelas A di layar perak dia pernah membintangi siri komedi Ally McBeal membawa watak kekasih Calista Flockhart.

Lakonannya dalam siri itu mendapat pengiktirafan melalui Anugerah Golden Globe.

Kata Downey ketika menjadi penagih - yang dirasakannya baru saja berlalu - dia terfikir bagaimana untuk meneruskan hidup tanpa kepercayaan pengarah.

"Bagaimana saya dapat membayar sewa rumah atau saya mungkin tidak mempunyai hidup normal jika berterusan begitu," katanya.

Lihat Komen