malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Pevita selamat singkir 3 tumor pada payudara
Diterbitkan:  Apr 12, 2016 6:32 PM
Dikemaskini: 1:52 PM
ADS

Dua tahun merahsiakan, hari ini, pelakon Pevita Pearce akhirnya mengaku - sejurus sebelum memulakan prosedur membuang tiga ketumbuhan pada payudaranya.

Terdahulu, Pevita, 23, berkongsi penyakit yang dideritai menerusi aplikasi Snapchat seusai sesi penggambaran sebuah jenama pakaian.

"Kalian, selama dua tahun ini saya menyembunyikan rahsia ini dari teman media,

"Sebenarnya saya mempunyai tiga ketumbuhan," kata pelakon filem Tenggelamnya Kapal van der Wijck itu.

Tenggelamnya Kapal van fer Wjick adalah filem yang diadaptasi dari karya penulis dan ulama terkenal Indonesia, Hamka.

Ia menjadi filem termahal yang pernah dihasilkan oleh Soraya Intercine Films.

Dalam Tenggelamnya Kapal van der Wjick, Pevita memegang watak Hayati dan bergandingan dengan Herjunot Ali sebagai Zainuddin.

Ceria walau terbaring

Proses pengambaran mengambil tempoh lima tahun untuk disiapkan manakala penulisan senario pula dua tahun.

Filem yang diarahkan oleh Sunil Soraya itu diterbitkan pada 19 Disember 2013 di Indonesia.

Bagaimanapun menerusi aplikasi berkenaan, Pevita tidak pula mendedahkan tempat dia membuang ketumbuhan tersebut.

Namun, Pevita berjanji akan memberikan status terkini mengenai dirinya selepas selesai menjalani pembedahan.

"Doakan semoga pembedahan berjaya dan saya akan kongsikan berita terkini nanti," katanya lagi.

Sementara itu petang tadi dia membuat kemas kini keadaannya melalui Twitter dan Instagram.

Sambil menghargai doa daripada peminat Pevita kelihatan ceria walaupun terbaring di atas katil hospital.

Dia dipercayai akan dibenarkan keluar dari hospital tidak lama lagi.

it's all done now! Thank you for all your kind prayers to help me get through, see you all shortly! ❤️

A photo posted by Pevita Pearce (@pevpearce) on

Lihat Komen