malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Pertikai 'rezeki' Ayda Jebat macam persoal takdir
ADS

“Kalau menang dikata tidak layak, jika tak menang pula orang kata padan muka; lebih baik menang (dan biar) orang mengata,” kata pelakon dan penyanyi kecil molek Ayda Jebat yang 'menang besar' pada malam Anugerah MeleTop Era (AME) kelmarin.

Ayda atau nama asalnya Nur Suhada Jebat, 24, dilihat sangat positif biarpun rezekinya itu dipertikaikan oleh segelintir pihak yang tidak berpuas hati.

Kata Ayda, pada pandangannya isu berkenaan tidak perlu dipertikaikan tetapi dia tidak mampu menghalang orang lain bercakap mengenainya.

Malah, katanya, dia terpaksa menghadapi keadaan itu dengan sabar.

“Tetapi tindakan sedemikian (mempertikaikan kemenangannya) bermakna mereka mempertikaikan takdir yang telah ditentukan.

“Jika sudah tersurat kejayaan untuk saya, maka kemenangan itu milik sayalah,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini .

Selepas mencatat kejayaan besar dalam AME 2016 muncul beberapa pihak mempertikaikan kelayakannya kerana dianggap belum layak diiktiraf sebagai pemenang atas beberapa faktor.

Antaranya, mereka mendakwa Ayda dinobatkan sebagai pemenang oleh Aurawhite kerana dia menjadi duta produk berkenaan.

Syarikat kosmetik itu juga menjadi penaja utama AME 2016.

Komen jangan menyinggung

Rentetan kejadian itu, Ayda mengaku menangis disebabkan sangat terkilan dengan tohmahan berkenaan khususnya daripada pejuang papan kekunci yang turut melemparkan kata-kata kurang sedap didengar.

“Saya menangis bukan disebabkan orang pertikaikan tidak layak menang tetapi kerana sedih apabila orang lain pertikaikan kemenangan itu bukan atas dasar undian.

“Usaha peminat yang sanggup berbuat apa saja untuk melihat saya berada di atas pentas disalahertikan,” katanya.

Ayda menggondol lima trofi pada malam AME 2016 yang berlangsung di Kuala Lumpur Ahad lalu.

Dia merangkul anugerah utama Artis Top Top Meletop Wanita, Penyanyi Meletop ( Siapa Diriku ), Lagu Meletop, Drama Meletop ( Maid ), dan Pelakon Meletop.

Ayda membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM30,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Selain Ayda, pelakon, pelawak dan penyampai radio Johan turut membawa pulang lima trofi termasuk Top Top Meletop (Lelaki).

"Test 1 2 3 ✊😘✌️ Nervous? Urut dada kakak hadek habang sado. See you tonight. Muahbanyakciked!" . Caption sama macam last year! Kalah atau menang malam ni, yang penting dah usaha & enjoy ok! PelukkuadKuad 🤗 . #AydaJebat #AJscreamer #Meletop #AME2016 #PenyanyiMeletop #LaguMeletop #SiapaDiriku #PelakonMeletop #DramaMeletop #DramaMaid #Aurawhite #ShakeShakeUolls #Aydahnervous đŸ˜

A photo posted by Ayda Jebat (@aydajebat) on

Bagi Ayda, kenyataan yang diuar-uarkan oleh mereka menerusi ruang komen Instagramnya dianggap sebagai kurang bijak malah boleh menyinggung hati ramai pihak.

Justeru, dia berharap seandainya ada pihak yang ingin memberi komen, mereka digalakkan meluahkannya dengan cara yang bersesuaian.

“Kalau tidak suka atau rasa diri sedang marah, tidak perlu beri komen, untuk tidak menyinggung perasaan pihak lain.

“Sekiranya kita rasa perlu dihormati, kita juga perlu belajar cara menghormati orang lain.

“Biarlah komen menggunakan perkataan berhemah dan nampak berpelajaran,” katanya.

Lihat Komen