malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Mizz Nina 'pemandu' Noh elak barai
ADS

Penyanyi Noh Salleh mengaku dia berasa agak "segan: dengan kecenderungan isterinya Mizz Nina yang aktif meluangkan masanya menghadiri kuliah agama selepas berhijab.

Perasaan itu timbul apabila vokalis Hujan itu mendengar luahan Mizz Nina yang terpaksa membahagi masa untuk melakukan perkara yang kini dekat di hatinya.

Bercakap kepada Malaysiakini , Noh berkata, dia begitu ‘terasa’ dengan sikap Mizz Nina (atau nama asalnya Shazrina Azman), 35, yang dilihat begitu prihatin dengan usahanya berdakwah dan memperbaiki diri dengan ilmu agama.

“Dia fokus berdakwah, itu sebab saya segan dengan dia.

“Ada satu ketika dia menyatakan tertekan kerana tidak cukup masa untuk ke kuliah selepas tertinggal pembelajaran akibat demam selama seminggu.

“Alamak! Lain pula halnya dengan saya kerana tertekan sebab tidak dapat membawa sesebuah lagu atau merungut sebab gitar rosak,” katanya.

Pada masa sama, Noh, 31, bersyukur dengan perubahan isteri yang satu ketika dulu pernah digelar ratu hip hop itu.

Berubah kembali dari Makkah

Katanya, Mizz Nina pandai membawa diri terutama selepas menukar imej penampilan, malah sekiranya mempunyai kesulitan tidak pula suka menguar-uarkan masalah kepada umum.

“Alhamdulillah, syukur kerana isteri saya seorang yang pandai membawa diri.

“Dia bukan jenis yang suka berkongsi status meroyan di media sosial," katanya.

Rumahtangga Noh dan Mizz Nina sudah masuk tahun kelima selepas mereka bernikah pada 1 Julai 2011.

Sebelum berhijab, penyanyi What You Waiting For itu sememangnya terkenal dengan penampilan seksi, namun berubah sekembalinya pulang dari menunaikan ibadah haji bersama Noh.

Alhamduliah, just finished mini halaqah with the girls from @schooliscoolacademy, on social nettiquettes. Jazakallahu khayran for inviting me to share my 1 cents worth! I had a lovely time getting to know the girls 💜💜💜 Main points shared - 1. Think before you post for everything will be recorded. 2. Allah is always watching whether your in public, private, or online. 3. Maintain modesty online 4. Protect yourself from trolls/negative people 5. Use media as a tool to spread goodness

A photo posted by @mizznina1780 on

Dengan usia perkahwinan sebegitu, Noh akui, banyak asam garam yang berlaku sepanjang hidup bersama menguatkan lagi hubungan mereka sebagai suami isteri.

“Apabila usia semakin tua, bila timbul masalah kami lebih tenang untuk menghadapinya.

“Kematangan membuatkan kami senang dan lebih terbuka untuk berkomunikasi.

“Justeru, usia ini juga menambah sikap manja pada diri masing-masing,” katanya.

Kelibat Mizz Nina boleh dilihat menerusi program dakwah dan amal seperti program Into Taqwa With Mizz Nina.

Ada bagi bayangan

Selain itu, dia juga sering berkongsi status kerohanian menerusi akaun Twitter miliknya.

Biarpun kini Mizz Nina mempunyai 'arah' berbeza, namun dia tidak pula memaksa Noh untuk menukar mahupun menghentikan karier sebagai penyanyi.

Sebagai bukti, Mizz Nina hadir memberi sokongan buat suaminya yang membuat persembahan secara solo Angin Kencang di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-30 Januari lalu.

Untuk makluman, selain berkumpulan dan berduet, Noh kini tampil pula secara solo.

Dia juga akan menjadi artis penghangat suasana pada konsert 20 tahun Sheila On 7 dijadual berlangsung Mac ini di StarXpo Hall, KWC Fashion Mall Kuala Lumpur.

Kata Noh dia memang terkejut kerana Mizz Nina masih menyokong kariernya walaupun pernah menjangkakan sebaliknya.

“Dia datang ke AJL 30 tengok saya menyanyi. Dulu adalah dia bagi hint minta saya berhenti dari menyanyi.

“Nak dibandingkan saya yang dulu dan sekarang, masa tu....

“Elok jugalah ada orang beri panduan, kalau terlalu banyak hiburan dalam hidup barai jugak,” katanya.

Lihat Komen