malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Shaheizy rasakan Syatilla sentiasa ada
Diterbitkan:  Jan 13, 2016 11:40 AM
Dikemaskini: 4:04 AM
ADS

Jika sebelum ini mereka menafikan sebarang spekulasi, kini pelakon Shaheizy Sam mengesahkan akan mengahwini Syatilla Melvin.

Kenyataan itu diumumkan dalam sidang media ibu Shaheizy, Khaty Fauziah, di Kuala Lumpur semalam.

Menurut Shaheizy, 34, wanita itu berjaya memenangi hatinya melalui kecantikan tersendiri.

“Paras rupa sudah tidak menjadi perkara yang saya utamakan.

“Setiap orang ada daya kecantikan masing-masing, begitu juga Tilla (panggilan Syatilla).

“Kecantikan yang sebenar-benarnya ada tersembunyi dalam diri seseorang, jadi itu yang saya nampak pada dia.

“Kecantikan itu lebih cantik daripada fizikal,” katanya seperti dilapor portal mymetro .

Perkahwinan itu juga dijangka bakal berlangsung penuh meriah apabila dikatakan mendapat 15 tajaan dengan nilai keseluruhan RM25 juta.

allahuakhbar..allah maha besar😊insyaallah!! @shaheizy_sam

A photo posted by S Y A T I L L A M E L V I N (@syatillamelvin) on

Majlis akad nikah Shaheizy dan Syatilla dijadual berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Nibong Tebal, Pulau Pinang pada 8 Februari.

Tarikh itu dipilih sempena meraikan hari ulang tahun kelahiran Syatilla yang ke-25.

Lepak kedai mamak

Sehari selepas itu, Shaheizy dan Syatilla akan diraikan dalam resepsi di Kelab Golf Bukit Jawi, Nibong Tebal, manakala majlis pihak lelaki pula diadakan di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur 14 Februari.

Sementara itu Syatilla, 25, memaklumkan dia dirisik oleh ibu Shaheizy pada 13 Disember lalu di Pulau Pinang.

Kata Shaheizy, sepanjang tempoh perkenalan dia dan Syatilla jarang bertemu kerana kekangan jadual kerja yang padat.

Bagaimanapun, katanya, dia tetap mencari masa untuk bertemu dengan Syatilla.

“Saya selalu lebih utamakan kerja, ia nombor satu selepas keluarga.

“Bila ada masa lapang (saya) curi masa untuk lepak walau di kedai mamak.

“Biarpun begitu, saya rasakan dia sentiasa ada dengan saya di setiap saat,” katanya.

Shaheizy mengakui, walaupun jarang berjumpa, perkenalan yang terjalin selama enam tahun dengan Syatilla ada pasang surutnya.

Namun, dengan segala tolak-ansur dan persefahaman, segala konflik yang timbul sering berjaya diatasi.

Lihat Komen