malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Alif Fear Factor tak takut naik pentas S'pura
Diterbitkan:  Dec 26, 2015 5:41 PM
Dikemaskini: 11:09 AM
ADS

Dalam Fear Factor 2012, Muhd Alif Abd Hadi terpaksa mengharungi pelbagai cabaran ngeri. Tetapi melakonkan watak utama di pentas teater ternyata tidak mampu menakutkan Alif, walaupun di negara jiran.

Beliau dikatakan akan terlibat dalam pementasan teater Kuman yang menggabungkan anak seni tempatan dan Singapura yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.

Teater yang berkisar tema kesan negatif penagihan dadah itu dipersembahkan oleh Perkumpulan Wayang Sempoi.

Yang menarik tentang Alif, ini adalah kali pertama beliau memegang watak utama dalam lakonan pentas.

Dalam kenyataan kumpulan, Alif, dalam kesibukan jadual, memberi komitmen berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Singapura.

Beliau pada masa yang sama dikatakan sedang menghabiskan rakaman drama televisyen di Kuala Lumpur.

“Sementara itu, Alif juga banyak meluangkan masanya bersama peminatnya di Singapura,” menurut kenyataan Wayang Sempoi.

Selain Aliff, barisan pelakon yang bakal menjayakan Kuman terdiri daripada gabungan pelakon lama dan baru seperti Lily Ramli, Yazid Tahir, Molita Kusta, Farhan Roy Rani dan Tiara Emily Suhaimi.

Pementasan akan berlangsung di The Arts House Play Den, Singapura pada 28 hingga 31 Januari 2016.

Lihat Komen