malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Daddy Psy mengerikan?
Diterbitkan:  Dec 3, 2015 2:10 PM
Dikemaskini: 12:39 PM
ADS

Album ketujuh Psy akhirnya dikeluarkan secara rasmi semalam. Mempertaruhkan lagu Daddy , kemunculan semula Psy disambut peminat muzik dengan reaksi pelbagai.

Selepas menjana kekayaan amat lumayan melalui Gangnam Style , lagu terbaru Psy, Daddy, juga tidak kalah kecohnya.

Namun sesetengah pihak mempertikaikan kualiti penyanyi berasal dari Seoul, Korea Selatan ini.

Bagi pengkritik, aksi dipaparkan Psy dalam klip video Daddy itu tidak lebih daripada sekadar pertunjukan "seram" yang tidak menghiburkan.

Pengkritik laman sesawang classicalite.com misalnya menggelar Daddy sebagai "amat gila".

Daddy bermula dengan babak kelahiran seorang bayi yang kemudian dipaparkan memiliki muka Psy.

Teknik tindanan muka Psy itu berterusan sehingga bayi itu semakin membesar sehingga ke sekolah dan menjadi kegilaan remaja perempuan.

Disambut di seluruh dunia

'Kehebatan' kanak-kanak itu juga dipaparkan kononnya menggoncang keimanan guru di situ.

"Psy ternyata menganggap dirinya begitu hebat dengan wajahnya muncul pada hampir setiap saat klip video berkenaan.

" Daddy bukan saja menunjukkan bayi itu mewakili Psy saja, tetapi mempromosi Psy sebagai bapa dan datuknya.

"Mereka pula digambarkan sebagai penggoda wanita," katanya.

Penulis itu berkata, jika melalui Gangnam Style dulu pun sudah begitu aneh dipamerkan, Daddy adalah setapak lebih jauh mengerikan berbanding lagu yang mengangkat nama Psy itu.

Sementara itu di sisi lain, Daddy mendapat sambutan hangat daripada peminat di seluruh dunia.

Setakat tengah hari ini ia sudah ditonton lebih 18 juta kali sejak dilancarkan tiga hari lalu.

Klip video Gangnam Style dulu pula ditonton lebih 2.4 bilion kali dan menjana kekayaan besar buat Psy.

Lihat Komen