malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Anak Ahmad Dhani, anak menteri Malaysia bercinta
Diterbitkan:  Nov 12, 2015 1:40 PM
Dikemaskini: 5:49 AM
ADS

Anak lelaki Ahmad Dhani kini dilaporkan sedang hangat bercinta dengan salah seorang puteri menteri Malaysia, lapor media Indonesia.

Dikenali sebagai Tengku Nadira, dia dikatakan memiliki kerjaya sebagai penyanyi di negara jiran itu dan mula menjalin hubungan cinta dengan Ahmad Al-Ghazali, 18, beberapa bulan lalu.

Malah ketika hadir dalam satu majlis baru-baru ini kedua-dua mereka kelihatan begitu mesra dan berpegangan tangan.

Media melaporkan Tengku Nadira adalah anak kepada Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Nadira, 17, berkata dia memilih untuk mengembangkan kerjaya seninya di Indonesia kerana ibunya sendiri pernah berlakon di situ.

Malah, katanya, jika mendengarkan lagu Malaysia dan Indonesia, dia lebih suka dengan lagu Indonesia.

Dia malah lebih selesa bertutur dalam bahasa Indonesia.

Laporan media menyatakan ibu Tengku Nadira ialah Enny Beatrice yang pernah popular membintangi pelbagai filem pada 1980-an sebelum berkahwin dengan Tengku Adnan pada Jun 1989.

Antara filem pernah dibintangi Enny ialah Kupu-Kupu Beracun (1984), Terjebak Dalam Dosa (1983), Perawan di Sarang Sindikat (1986) dan Pertarungan di Goa Siluman (1989).

Difahamkan Ahmad Dhani juga pernah menciptakan lagu buat Tengku Nadira dan dalam salah satu lagu, anak bongsu Tengku Adnan itu berkenaan berduet dengan Al-Ghazali.

Lihat Komen