malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Polis Evo pecah panggung, padam rekod The Journey
Diterbitkan:  Oct 29, 2015 6:31 PM
Dikemaskini: 10:43 AM
ADS

Polis Evo arahan Ghaz Abu Bakar kini tercatat sebagai filem terlaris di Malaysia apabila membuat kutipan tiket bernilai RM17.3 juta selepas ditayangkan selama 42 hari.

Perkara itu diumum penerbit Polis Evo, Astro Shaw dalam tweetnya petang ini.

Rekod kutipan tertinggi bagi filem tempatan sebelum ini dipegang oleh The Journey yang memungut RM17.17 juta pada 2014.

The Journey juga adalah filem terbitan Astro Shaw yang dihasilkan bersama Woohoo Pictures Sdn Bhd.

Polis Evo menggabungkan ramai pelakon popular termasuk Shaheizy Sam, Zizan Razak, Nora Danish dan Wan Hanafi Su serta Allahyarham Harun Salim Bachik.

Ia juga menjadi filem terakhir untuk Harun sebelum beliau meninggal dunia secara mengejut pada 8 Mac lalu.

Dalam kemas kini status di Facebook, Astro Shaw berkata, mereka amat menghargai sokongan diberi pelbagai pihak yang menyokong Polis Evo dan menjadikan mereka sebagai filem terunggul.

"Filem aksi paling gempak pada 2015 ini masih ditayangkan di 71 lokasi pawagan untuk minggu ketujuh," kata kenyataan itu.

POLIS EVO raih RM17.3 Juta slps 42 hari. TERIMA KASIH semua yg menyokong filem #PolisEvo dan menjadikan kami No.1! pic.twitter.com/MRXb9ZImjg

— Astro Shaw (@AstroShaw) October 29, 2015

Lihat Komen