malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Janji Diesel kepada peminat Fast & Furious
Diterbitkan:  Sep 29, 2015 7:33 PM
Dikemaskini: 11:37 AM
ADS

Selepas mencatat kutipan memberangsangkan pada April lalu, seorang daripada aktor Fast & Furious 7, Vin Diesel menjanjikan ada tiga siri terakhir filem berkenaan sedang menanti disiapkan untuk peminat.

Diesel yang memegang watak Dominic Toretto memuatnaik kenyataan itu dalam akaun Facebook peribadinya beberapa hari lalu.

“Universal Studios (penerbit filem berkenaan) sentiasa begitu baik kepada saya dan juga mempercayai matlamat bersama. Mereka sudah seperti keluarga.

“Saya berjanji kepada mereka akan memberikan trilogi terakhir bagi mengakhiri saga berkenaan,” katanya.

Fast & Furious 7 ditayangkan kepada umum 3 April lalu. Berbanding enam filem terdahulu, ia dilaporkan paling banyak meraih keuntungan.

Seorang daripada pelakonnya, Paul Walker, meninggal dunia dalam sebuah kemalangan pada 30 November 2013 sebelum sempat filem berkenaan disiapkan.

Bagaimanapun, Walker tetap muncul sehingga ke akhir filem itu.

Belum ada pengarah

Fast & Furious 7 memerlukan watak Brian O Conner lakonan Walker digantikan dua adik lelakinya Caleb dan Cody dengan menggunakan efek pendua tubuh, imej janaan komputer dan helah kamera.

Status Diesel itu dimuatnaik ketika timbul kekecohan helah kamera - dijadualkan April 2017 - dilaporkan terpaksa ditangguh kerana belum ada pengarah.

“Rakan penerbit saya Neal Moritz membenarkan saya untuk mengambil mana-mana pengarah, tetapi tidak.

“Kerana francais ini teramat istimewa, jadi perkara ini harus ditangani dengan baik.

“Sebenarnya, masih tiada sesiapa yang ditawarkan untuk menerajui Fast & Furious 8, apatah lagi melihat skrip," katanya.

All weekend long, my producing partner Neal, the Studio and myself have been mapping out the future of our SAGA... All...

Posted by Vin Diesel on Sunday, September 27, 2015

Diesel menyatakan beliau akan mengumumkan nama pengarah untuk filem terakhir itu dalam status Facebook yang seterusnya.

Filem terakhir dalam franscais Fast & Furious adalah satu fenomena.

Ia mendapat kedudukan kelima dalam filem yang meraih kutipan tertinggi dengan nilai RM1.5 bilion di seluruh dunia.

Lihat Komen