malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
AMANAH buat konsert bantu Yazid Search
Diterbitkan:  Sep 18, 2015 7:21 PM
Dikemaskini: 11:42 AM
ADS

Dua hari selepas dilancarkan secara rasmi, Parti Amanah Nasional (AMANAH) mengadakan konsert amal untuk membantu salah seorang pemuzik legenda negara, Yazid Ahmad.

Yazid yang dikenali sebagai pemain dram kumpulan Search kini terlantar kerana masalah buah pinggang.

Malaysiakini pernah melaporkan keadaan beliau yang tidak mengizinkan serta sering sesak nafas.

Pengarah konsert amal itu, Abbas Salimmi berkata, beberapa artis sudah mengesahkan penyertaan mereka untuk memeriahkan majlis di Laman Budaya Shah Alam itu.

Antara nama yang bakal muncul ialah Ito Mohd (Blues Gang), Mel (bekas vokalis Wings), Tajul (FTG), Zuar (XPDC) dan Nik Jidan.

Turut memeriahkan majlis adalah aktivis anak muda Adam Adli.

Pengacara majlis pula adalah bekas peserta program realiti Raja Lawak, Leman.

Kata Abbas, konsert berkenaan diharap dapat mengumpul dana bagi meringankan beban ditanggung Yazid sekeluarga.

"Seitu ia juga bertujuan mengumpul kembali aktivis dan pengiat seni dalam AMANAH," katanya

Konsert berkenaan dianjurkan oleh Pemuda AMANAH Nasional dan dijadual bermula pada jam 8.30 malam.

Lihat Komen