malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Abby ajak suami berbelanja atas katil
Diterbitkan:  Sep 11, 2015 2:20 PM
Dikemaskini: 6:29 AM
ADS

Kurang dari sebulan menjadi suami isteri, kehangatan hubungan antara Abby Abadi dan suami barunya ternyata terus 'menghangat'.

Dalam entri di akaun Instagram bekas kumpulan Elite itu, Abby menitipkan pesan kepada suaminya, Muhammad Faizal Zakaria, supaya "jangan berangan" di tempat kerjanya.

"Balik nanti kita shopping atas katil k , hehehe," katanya.

Dalam mesej sama Abby, 37, juga bergurau manja dengna Muhammad Faizal dengan melanjutkan ayatnya dengan "(Jangan bgtahu org shopping kt mana.. Nanti dorg tiru hahaha".

Abby bernikah dengan Muhammad Faizal pada 14 Ogos lalu selepas berpisah dengan suami terdahulu, Muhammad Noor Farhan Che Bakar.

Dalam entri Instgram itu juga Abby menggelarkan dirinya sebagai "dobok versi terhad"

“Alolololoooo.. So suweettt!!! Terima Kasih juga buat suami @jaiezzany kerana menerima si dobokkkk ini seadanya. hehe… Dobok ‘limited edition’ ok hehe.. Malu dah nak ambil gambar sbb badan dah macam guni berassss".

Bagaimanapun, Instagram Abby itu diset sebagai akaun peribadi dan hanya boleh dilihat pengikut yang dibenarkan pemiliknya saja.

Lihat Komen