malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Remy berbakti demi maahad tahfiz, rakan selebriti
ADS

Dalam keterujaan merealisasikan perniagaannya, pelakon Remy Ishak mengakui tidak semudah itu untuk melaksanakan apa yang dirancang apatah lagi ia dimulakan dengan sumber kewangan sendiri.

Pelakon berusia 33 tahun itu mengakui tidak mudah untuk melaksanakan apa yang dirancang apatah lagi ia dimulakan dengan sumber kewangan sendiri.

Remy berkata, program Santai Lebaran Fiesta yang sedang berlangsung di Istana Budaya ketika ini bukan hanya untuk rakan artis berniaga, tetapi membuka ruang supaya sebahagian daripada hasil jualan disalurkan kepada pelajar sekolah Maahad Tahfiz Aman Bistari di Puchong, Selangor.

Kata Remy, dia ada pergi bertemu dengan pegawai jabatan kerajaan dan individu tertentu untuk mendapatkan bantuan sumbangan bagi anak-anak yatim berkenaan, namun masih belum ada rezeki.

“Sekiranya saya berjaya menerima sumbangan yang diperlukan, saya anggap saya score (berjaya) dalam hal ini,” katanya kepada Malaysiakini .

Remy berkata, dia bagaikan mendapat ‘seruan’ untuk membuat program berkenaan apabila memikirkan sebagai seorang artis ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan kepada masyarakat.

“Saya terfikir apa sumbangan sebagai artis kepada masyarakat selain memberi hiburan, dan rasanya, inilah.

“Saya memilih bulan Ramadan ini untuk membuat lebih amal walaupun sebelum ini mungkin mulut kita tidak berapa betul berkata-kata, perangai kita juga kadang-kadang tersasar.

"Saya yakin akan ada suatu masa kita diberi peluang untuk mengejar kebaikan,” katanya.

Ibarat dua dalam satu

Menurut pelakon yang terkenal dalam siri Nur Kasih itu, Santai Lebaran Fiesta boleh dianggap bazar amal kerana berfungsi seperti serampang dua mata.

Katanya, bazar itu membuka peluang untuk selebriti berniaga sekaligus menderma kepada pelajar sekolah tahfiz yang memerlukan bantuan kewangan.

Santai Lebaran Fiesta 2015 berlangsung dari 25 Jun lalu hingga 15 Julai nanti adalah projek pertama anjuran syarikat Remy sendiri Aaktor Play House.

Remy juga berkata, dia mahu melihat program itu diteruskan lagi untuk tahun akan datang dengan penyertaan lebih ramai peniaga.

Antara artis yang terlibat dalam bazar itu ialah Nad Zainal, Erra Fazira, Sherry Alhadad, Serina Redzuwan dan Ifa Raziah.

Lihat Komen