Tarikh: 9 Julai 2020 Khamis
Masa: 8:30pm - 9.30pm
Pengacara: Farah Osman
Pembicara: Gayathry Venkiteswaran, Centre for Independent Journalism Malaysia (CIJ) & YB Adrian Banie Lasimbang, Senator Dewan Negara
The talk show will be shown live on our Facebook https://facebook.com/CSOPlatform4Reform.
Objektif program ini adalah mengadakan perbincangan atas talian secara berkala mengenai pelbagai isu kontemporari semasa dan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19 yang telah memberi kesan mendalam kepada masyarakat secara keseluruhan, melalui saluran atas talian. Rancangan bual bicara akan dikendalikan oleh seorang moderator, dan seorang pakar mengenai isu tematik seperti penjagaan kesihatan; pendidikan; pekerjaan; kebajikan pekerja dan keselamatan pekerjaan; isu mengenai agensi penguatkuasaan; masalah ekonomi pemilik perniagaan kecil; masalah pendatang dan pelarian; masalah wanita, isu kanak-kanak; isu Orang Asal, rakyat miskin bandar dan sebagainya.
Dianjurkan oleh: Platform CSO untuk Perubahan (CSO Platform for Reform) yang terdiri daripada 70 badan-badan masyarakat madani (CSO) yang memberi tumpuan reformasi Malaysia baru.

