Pengiklanan

    Keberahian Anwar Ibrahim

    (Dikemaskini )

    Keberahian ialah keinginan. Dalam bahasa Inggeris keberahian ialah desire. Dalam bahasa Perancis keberahian ialah le désir. Keberahian datang dari induk kata “berahi”. Sebagai manusia, kita jatuh berahi terhadap sesuatu yang dapat dilihat. Kita juga boleh jatuh berahi dengan objek yang dapat dipegang dan dlihat. Misalnya, si mamat ini berahi pada cendol atau si mamat ini berahi kepada basikal.

    Manusia juga boleh jatuh berahi pada yang halimunan. Berahi kepada konsep yang tidak dapat dilihat. Misalnya si mamat ini berahi kepada kebenaran. Si mamat ini berahi kepada kesaksamaan.

    Manusia juga boleh berahi kepada manusia yang boleh dilihat dan dipegang. Si mamat ini jatuh berahi kepada si mamat itu. Jangan silap tafsir berahi sesama manusia tidak samestinya keberahian ini disadur dengan unsur seksual. Berahi tidak samestinya seratus peratus seksual.

    Setelah memahami konsep berahi maka mudah untuk saya memberi pencerahan tentang suasana politik apa yang sedang berlaku sekarang. Pada ketika ini satu keberahian sedang mengancam dan mengamuk persada politik Malaysia. Hari ini di Malaysia berahi dan politik sedang ikat berikat – kait-mengait.

    Justeru, keberahian ini menimbulkan heboh-heboh politik yang bising dan rancak. Ketika saya menulis tulisan ini setiausaha politik Anwar Ibrahim – Salvador Wafa masih dalam lokap. Ketika saya menulis – pagi Isnin 22 Julai 2019 - media telah melaporkan tentang seorang YB dari Selangor akan dipanggil ke Bukit Aman.

    Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak

    Umum juga telah diberitahu ada lagi sosok-sosok yang sedang dicari oleh polis. Siapa yang polis kehendaki hanya tuhan yang tahu. Amin.

    Apa makna semua berita ini? Apa kaitan berita berita ini dengan berahi. Justeru menjadi tugas saya untuk memberi satu garis pencerahan tentang babak dan berita-berita politik terkini yang sedang dipentaskan di hadapan mata kita semua.

    Dari segi pemikiran yang tuntas kita wajib memahami apa itu sebab dan apa itu musabab. Apa itu isi dan apa itu kulit. Apa itu induk, apa itu pati dan apa itu manifestasi. Dalam proses pencerahan fikrah kita wajib memahami isi dan manifestasi. Jika hanya memahami manifestasi maka pemahaman kita menjadi tempang. Isi dan manifestasi wajib difahami bersama.

    Dalam politik semua diatur, semua disusun. Tidak ada satu pun babak politik yang terjadi dengan sendiri. Ada sebab ada musabab dan ada penyebab. Hukum ini tidak beralih-alih. Ini hukum politik.

    Ditanya berkali-kali

    Justeru semenjak malam 9 Mei 2018, politik Malaysia telah dibajak oleh keberahian Anwar Ibrahim. Apa dia keberahian Anwar Ibrahim ini? Keberahian Anwar Ibrahim ialah untuk menjadi perdana menteri. Anwar berahi untuk menjadi perdana menteri selepas Mahathir.

    Anak semua bangsa dan bangsa semua agama rakyat Malaysia telah dikepung dan dipaksa tunduk di hadapan dulang keberahian Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri.

    Apa yang saya garap ini bukan omong kosong. Bukan kerana dedak, bukan fitnah dan tohmah. Bukti apa yang saya tulis ini cukup senang. Umum tahu, saban hari, saban minggu dan saban bulan persoalan bila agaknya Mahathir akan berudur terus menjadi tajuk berita.

    Satu Malaysia heboh berlabun hal ini. Di ruang mana sahaja kita duduk dan berbual maka persoalan siapa sesudah Mahathir akan timbul. Hasilnya, seolah-olah inilah agenda numero uno politik Malaysia.

    “Mahathir akan lepaskan pada Anwar atau tidak? Mahathir menepati janji atau tidak? Dua tahun atau berapa lama?”

    Soalan ini menjadi persoalan para wartawan. Tidak sudah sudah wartawan bertanya. Bertanya. Menyoal. Bertanya. Pada awalnya pertanyaan wartawan tentang tarikh Mahathir berundur dibaca secara jujur. Anak semua bangsa mahu juga tahu tentang masa depan negara. Ini bukan satu yang salah.

    Tetapi apabila setiap minggu dan setiap bulan soalan yang sama ditanya maka saya yakin ada wartawan yang dicucuk. Ada wartawan yang dibelai. Ada wartawan yang diatur. Ada wartawan yang diupah untuk bertanya soalan yang sama berkali-kali kepada Mahathir.

    “Wahai Mahathir bila kamu nak berundur? Wahai Mahathir bila berundur siapa akan mengganti kamu? Wahai Mahathir apakah sahih pengganti kamu ialah Anwar Ibrahim dan bukan Jonah?”

    Soalan ini ditanya berulang-ulang. Kah, kah, kah!

    Di mana saja Mahathir berada soalan ini akan dilontarkan.

    Bila Mahathir melawat Kajang ada wartawan bertanya di Kajang. Bila Mahathir melawat Port Dickson soalan yang sama di tanya di Port Dickson, di Pulau Pinang, di Melaka, di Alor Star. Bila Mahathir ke New York soalan sama muncul. Soalan ini juga muncul di Australia, di London dan di India. Mahathir juga ditanya apabila Mahathir melawat Jepun. Kali akhir wartawan di Bangkok bertanya soalan yang sama.

    “Bila Mahathir akan melepaskan jawatan? Siapa pengganti Mahathir? Dua tahun atau berapa tahun?”

    Ejen-ejen Anwar

    Tidak cukup dengan ini ejen-ejen Anwar yang memanggil diri mereka Reformis juga menimbulkan soalan yang sama. Pada awalnya seorang YB bernama Abdullah Sani telah mengeluarkan mukadimah tentang rancangan Mahathir.

    Dalam masa yang sama ‘abam’ Anwar juga terus mendabik dada mengakui bahawa dialah sosok yang telah dipilih Mahathir. Abam berceramah ke hulu ke hilir bahawa abamlah yang akan menggantikan Mahathir. Nama abam ialah Anwar bin Ibrahim. Abam telah diampunkan oleh Yang di-Pertuan Agong kerana kesalahan meliwat Saiful Bukhari. Kerana telah ada pengampunan maka Abam berhak menjadi perdana menteri kelapan. Kah, kah, kah.

    Keberahian Anwar Ibrahim ini meluap-luap. Keberahian Anwar memancut-mancut hingga terpancut ke hujung lengan. Keberahian inilah yang menjadi isi pati politik Malaysia hari ini. Keberahian inilah yang melahirkan manifestasi politik terkini.

    Anwar mengadap agong sebelum ini

    Hakikatnya keberahian Anwar Ibrahim inilah yang sedang membajak dan mencengkam politik Malaysia. Semenjak kemenangan Pakatan Harapan ada 9 Mei 2018 dahulu keberahian Anwar Ibrahim ini telah melahirkan pelbagai bentuk manifestasi politik.

    Apa yang menaikkan kemarahan orang ramai ialah keberahian Anwar Ibrahim hendak jadi perdana menteri ini telah memesongkan agenda reformasi. Keberahian Anwar Ibrahim ini telah memandul cita-cita perjuangan untuk membuka luas ruang demokrasi sesudah kemenangan 9 Mei 2018.

    Orang ramai bosan dengan persoalan siapa sesudah Mahathir. Bosan mendengar dan membaca berita bila Mahathir hendak bersara. Muak mendengar berita bahawa Mahathir bersara selepas dua tahun. Bosan. Bosan. Muak. Mual nak muntah apabila soalan yang sama diulang-ulang. Porah.

    Keberahian Anwar hendak menjadi perdana menteri selepas Mahathir ini sedang menimbulkan krisis. Krisis politik terkini dalam Parti Keadilan Rakyat Rakyat (PKR) adalah manifestasi dari keberahian Anwar.

    Goyangnya Pakatan Harapan di mata anak semua bangsa adalah manifestasi dari keberahian Anwar Ibrahim hendak menjadi perdana menteri kelapan sesudah Mahathir.

    Heboh-heboh politik ketika pemilihan dalam PKR adalah manifestasi dari keberahian Awar Ibrahim. Perbalahan dalam PKR juga adalah manifestasi dari keberahian Anwar Ibrahim.

    Minggu lalu kita terbaca berita dalam portal Malaysian Insight bagaimana enam pemimpin PKR menyokong Anwar manakala lapan orang tidak menyokong. Ini adalah manifestasi dari keberahian Anwar.

    Otek-otek tapi...

    PKR mengadakan pemukiman di hujung minggu lalu di Port Dickson. PKR telah menjemput Mahathir datang. Jemputan ke atas Mahathir adalah manfestasi dari keberahian Anawar Ibrahaim.

    Ketika Mahathir hadir di Port Dickson keberahian Anwar melonjak-lonjak. Anwar berharap Mahathir akan mengumumkan di hadapan ahli-ahli dan pemimpin PKR bahawa Mahathir telah memilih Anwar sebagai pengganti.

    Aduh! Otek-otek tapi tak pancut. Keberahian Anwar Ibrahim gagal dan meleset. Mahathir secara sedar terus meminggirkan keberahian Anwar. Mahathir tahu dia dijemput berucap di hadapan pemimpin dan ahli PKR kerana ada ganja dalam tembakau.

    Mahathir tahu dirinya dijemput kerana Anwar mahu ahli dan pemimpin PKR mendengar dari mulut Mahathir. Dengar apa?

    Anwar memberahikan:

    “Wahai pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat… hendaklah kamu semua sedar bahawa saya telah berjanji dalam masa dua tahun saya akan menyerahkan kerusi perdana menteri ini kepada abam.”’.

    Sayangnya ini tidak berlaku. Kah, kah, kah!

    Sidang media PKR sempena pemukiman di Port Dickson

    Justeru menjadi tugas saya untuk memberi pencerahan. Menjadi tugas saya untuk membawa kembali anak semua bangsa ke garis kesedaran. Saya mahu menyedarkan anak semua bangsa bahawa selama ini Malaysia telah dibajak oleh keberahian Anwar Ibrahim.

    Anwar Ibrahim berahi hendak menjadi perdana menteri kelapan sesudah Mahathir.

    Setelah memahami keberahian Anwar Ibrahim, maka wajiblah juga saya menerangkan bila Mahthir akan berundur. Sahihkah Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri Malaysia kelapan? Apakah keberahian Anwar akan terpancut atas perut? Atau hanya terpancut dalam mulut?

    Saya amat yakin umum dan pembaca mahu tahu tentang klip video China Doll dan klip video Haziq. Malah anak semua bangsa mahu tahu apakah wujud klip-klip video yang lain. Apakah wujud klip yang lebih erotik dan romantik.

    Dan kenapa agaknya setpol Anwar yang bernama Salvador Wafa ditahan? Untuk jawapan semua ini sila ikuti siri keberahian Anwar Ibrahiam minggu hadapan. 


    HISHAMUDDIN RAIS seorang aktivis politik, penulis dan pengarah filem.

    Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi redaksi Malaysiakini.

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih