Pengiklanan

    Manusia mati meninggalkan persepsi

    (Dikemaskini )

    Bagi sesetengah penyokong partai politik yang lain, DAP adalah partai syaitan. Partai yang anti-Melayu dan benci Islam. Partai yang dianggotai oleh kumpulan ahli neraka kedua banyaknya selepas bangsa Yahudi.

    Dalam bab ini kami menyokong kata-kata bekas perdana menteri kita yang dulu bahawa partai mereka tewas pilihan raya akibat daripada persepsi buruk banyak orang terhadap partai pemerintah waktu itu.

    Beliau buat-buat lupa bahawa mereka tewas kerana mereka telah teramat korup. 

    Bukan semua jahat dalam partai mereka namun dek kerana sudah menjadi rahsia umum bahawa kumpulan yang memerintah dulu sebahagian besarnya adalah kaki makan suap maka ahli yang baik dalam kalangan mereka dihukum oleh rakyat yang telah muak dengan kesombongan mereka dalam melakukan kejahatan. 

    Waktu itu pemimpin kita sudah tidak dapat membezakan apa yang hak kepada mereka dan juga mana satu bahagian kepada rakyat jelata.

    Seperti apabila satu tempat dilanda bencana. Yang baik dan yang jahat dikumpulkan untuk mati bersama dan nanti diasingkan mengikut amalan. Tetapi persepsi kita adalah semua mereka adalah jahat lalu dihukum tuhan.

    'Bottel Crochet' - Zaitul Effa Baharuddin

    Sehingga hari ini persepsi bahawa anggota kumpulan pejuang yang mendakwa mahu memertabatkan hak bangsa dilihat sebagai satu kumpulan manusia rasis.

    Walaupun ia ada kebenarannya namun kami lebih gemar mengumpamakan mereka sebagai ahli kumpulan sesat agama. Merasa betul bilamana sedang berbuat salah.

    Parti politik sebagai alat

    Hal ini diwarisi oleh sesiapa saja yang menjadi ahli partai politik. Mereka menjadi asyik dan mabuk dalam jalan menuju nirvana yang mereka ciptakan sendiri.

    Nirvana kepada mereka adalah apabila menang pilihan raya dan kemudiannya bersedia untuk bergaduh sesama sendiri untuk menguasai kerusi dalam partai.

    Itu saja kitaran hidup mereka. Berjuang untuk menang dan kemudiannya bergaduh. Kami harap ada neraka khas buat mereka dan di sana nanti itu saja kerjanya iaitu bersakit dan derita untuk menang selama sejuta tahun akhirat kemudian tersiksa bergaduh sesama sendiri untuk sejuta tahun akhirat juga. 

    Mereka mengulanginya sampai bila-bila. Abadan abada.

    'Adrenaline ii' - Nurima Amri Manaf

    Tentu lebih buruk jika mereka-mereka yang merasakan bahawa perjuangan mereka dalam politik adalah kerana agama dan dalam masa yang sama mengambil jalan menghina dan memperlekeh sesiapa saja yang tidak bersama mereka.

    Kami tidak tahu nabi mana yang mengajar mereka untuk memaki, mengherdik serta sangat gembira apabila mana-mana manusia itu dilempar ke neraka.

    Berkali-kali kami nyatakan bahawa partai politik adalah alat bagi pemimpinnya mencapai impian kedudukan dan ahlinya adalah budak yang perlu dipuaskan. 

    Maka menjadi tanggungjawab orang atasan dalam partai menanamkan kehebatan partai mereka sambil menjanjikan laba sebagai habuan pendokong mereka.

    Yang paling baru adalah mengsyorkan agar semua projek kerajaan dibahagi-bahagikan sesama ahli partai. Jahat ketulang hitam rupanya mereka ini. Tamak dan gila agaknya.

    Kamu yang menjadi ahli partai pula terus menyokong hanya kerana mengharapkan untung dan dalam masa yang sama merasakan bahawa perjuangan kamu dalam partai adalah suci dan murni. 

    Demi agama, bangsa dan negara. Ditipu tidak apa, menipu pun boleh saja.

    Kita balik kepada persepsi setelah melalut. Persepsi paling popular adalah bahawa Melayu itu pemalas, miskin dan sehari-hari kerja mengharap bantuan.

    *Lukisan gambar utama merupakan karya Andrew Lim berjudul 'My Tiger'


    Abdullahjones adalah pelukis, penyair, penulis, jurufoto amatur dan binatang jalang yang mahu hidup seribu tahun lagi.

    Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih