malaysiakini logo
story-image
ADS

Apabila akhbar pro-kerajaan ( Berita Harian , 30 Nov) menyiarkan di muka depannya pendirian rasmi Majlis Tertinggi Umno dengan tajuk: Pecat dua Adun MCA , hati kecil penulis pun berbisik, susahlah MCA kali ini!

Mengikut laporan itu, Dr Mahathir Mohamad telah menegaskan Umno mahu dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Pulau Pinang - Lim Boo Chang (BN-Datuk Keramat) dan Tan Cheng Liang (BN-Jawi) dipecat kerana tidak menyokong keputusan Barisan Nasional (BN) negeri menolak usul pembangkang supaya projek Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR) bernilai RM1.02 bilion ditangguhkan.

Ini sudah barang tentu kemahuan Gerakan yang lebih awal lagi telah disuarakan oleh Presidennya, Dr Lim Keng Yaik. Maklumlah, kepada Gerakan, Lim dianggap "pengkhianat" yang "belot" ke MCA setelah memenangi kerusi Datuk Keramat atas tiket Gerakan, dalam pilihanraya umum lalu. Dan sejak itu, hubungan Gerakan-MCA boleh diibaratkan sebagai "sekatil tapi tak semimpi".

Dalam laporan yang sama, Presiden MCA, Dr Ling Liong Sik dipetik sebagai berkata:

Majlis Presiden MCA akan membincangkan isu itu;

beliau tidak akan berbincang dengan Dr Lim Keng Yaik kerana ia adalah hal-ehwal MCA;

dan beliau telah jumpa Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi), dan mereka tidak mahu membincangkan semua perkara itu melalui media massa.

Laporan tersebut secara sengaja atau tidak sengaja, seolah-olah cuba mengadudombakan Dr Mahathir dengan Liong Sik dan Pak Lah. Tidaklah hairan Liong Sik tidak mengambil berat pandangan Keng Yaik, dan enggan berbincang dengannya atas alasan "ia adalah hal ehwal MCA".

Mengikut logik ini, pendirian rasmi Umno yang mahukan dua Adun MCA dipecat juga boleh diinterpretasikan sebagai cuba campurtangan dalam "hal-ehwal MCA"!


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

Unlocking Article
Unlocking Article