malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Kandungan Berjenama
Apakah Perbezaan Antara Kipas Ekzos Dan Kipas Pengudaraan?
Diterbitkan:  May 21, 2024 11:07 AM
Dikemaskini: 3:19 AM

Bayangkan, udara yang berlegar-legar di dalam rumah anda mengandungi habuk, alergen, sebatian organik meruap (VOC) dan bahan pencemar udara lain. Pastinya lambat laun, akan menyebabkan pernafasan anda atau sesiapa sahaja dalam keluarga anda terganggu.

Inilah sebabnya pengalihudaraan yang baik merupakan faktor penting. Selain mewujudkan aliran udara yang kondusif, ia juga memberi faktor chi (tenaga baik) di sekeliling kita. Sistem pengudaraan yang betul akan menjamin keselamatan dan keselesaan rumah anda.

Tumpuan terhadap Kualiti Udara Dalaman
Dengan ruang yang tertutup dan pengudaraan yang terhad di dalam rumah, anda pasti memberikan penekanan yang tinggi kepada kebersihan udara dalaman terlebih dahulu.

Untuk pemilik yang menduduki hartanah bertingkat, mereka akan sering mengalami kualiti udara dalaman yang tidak baik dan berbau. Melihat isu-isu ini dari perspektif urbanisme dan trend kepadatan susun atur hartanah, adalah amat penting bagi kita menangani dan bekerja ke arah pengalihudaraan yang baik.

Perbezaan antara Kipas Ekzos dan Kipas Pengudaraan
Kipas ekzos, pendeknya, adalah untuk melepaskan udara dari dalam dan ke luar. Baunya terutamanya merujuk kepada bau dalaman, kelembapan dan asap dapur. Apabila kipas ekzos berhenti berfungsi, bilah tidak akan bergabung.

Berbanding dengan kipas ekzos, fungsi utama kipas pengudaraan adalah untuk mengeluarkan udara panas. Jika dipasang dua kipas penghawaan - satu kipas akan membawa udara segar masuk, manakala kipas kedua akan mengeluarkan udara panas keluar.

Anda boleh mewujudkan sistem pertahanan untuk rumah anda dengan memasang kipas ekzos di dalam ruang dalaman yang kecil dan lembap seperti bilik mandi dan dapur, kerana ia akan membantu menyedut udara panas, bau dan kelembapan yang tidak diingini dari dalam bilik. 

Salah satu jenama pertama bagi kipas ekzos yang dikenali oleh pemilik rumah adalah KDK, kerana produk KDK adalah berkualiti, memberi kemudahan dan mempunyai ketahanan. Pakar di KDK mengatakan pengalihudaraan dengan hanya membuka tingkap tidak akan berkesan dengan sepenuhnya atau secara muktamad kerana ia sangat bergantung kepada keadaan persekitaran.

Pemasangan kipas ekzos di dapur dan bilik mandi adalah sangat penting. Ia adalah kerana ruang ini dengan susun atur dan reka bentuk terkini, tidak mempunyai banyak tingkap, dan perlu menggalakkan penghasilan pengalihudaraan yang lebih baik. Bergantung kepada saiz ruang kediaman, satu atau lebih kipas ekzos mungkin diperlukan.

Memilih kipas ekzos yang betul
Pakar di KDK mengatakan ruang adalah fakta yang paling penting dalam memilih dan memasang kipas ekzos. Peruntukkan ruang yang sesuai adalah penting untuk pemasangan kipas ventilasi di rumah anda.

“Sama ada anda mencari kipas ekzos ceiling mounted (dipasang pada siling), wall mounted (dipasang di dinding), ataupun glass mounted (dipasang atas kaca), anda perlu pastikan terdapat ruang yang cukup dengan sedikit ruang tambahan di sekitar mounting point pada permukaan yang dipilih," kata pakar KDK.

Ruang yang diperlukan untuk pemasangan kipas ekzos bergantung kepada saiz kipas ekzos, tetapi ruang pemasangan mestilah bersamaan dengan ketinggian dan lebar peralatan supaya ia sesuai dan tepat.

Anda boleh menggunakan Pemilih Kipas Ventilator untuk mengetahui cara mengira jenis dan bilangan kipas yang diperlukan, serta anda juga boleh dapatkan nasihat dari pakar sebelum membuat keputusan anda.

KDK wall-mounted ventilating fan (dipasang di dinding)

Pasang kipas pengalihudaraan KDK yang sesuai dengan rumah anda.

Terdapat beberapa model kipas ventilasi KDK yang boleh dipasang pada dinding untuk anda, dengan saiz antara 15cm hingga 30cm.

Pakar KDK mengatakan kipas-kipas ini paling sesuai untuk dipasang di dapur, bilik mandi dan bilik tidur. Kipas ventilasi ini akan memastikan peredaran udara di dalam bilik, menyedut udara tercemar dan menghilangkan bau yang tidak menyenangkan. Pengalihudaraan yang sesuai melalui kipas-kipas ini akan mewujudkan aliran udara yang mencukupi, yang akan menghilangkan udara tidak bersih dan kelembapan yang tidak diingini di dalam rumah.

Kipas-kipas ini direka dengan baik untuk memudahkan pemasangannya, di mana aksesori yang dibekalkan memerlukan hanya empat langkah untuk siap dipasang.

KDK glass-mounted ventilating fan (dipasang atas kaca)

Kipas KDK yang dipasang pada kaca ini ditawarkan dalam 2 model, dengan saiz 15cm dan 20cm.

Yang menariknya tentang jenis kipas ini ialah, ia boleh dipasang terus ke tingkap kaca, supaya pemilik rumah tidak perlu memperuntukkan ruang pada dinding mereka untuk menikmati pengalihudaraan yang baik.

Pakar-pakar KDK mengatakan kipas ini sangat baik untuk digunakan di bilik mandi untuk menghilangkan pencemar udara dari rumah sebelum ia dapat merebak di seluruh bilik.

KDK ceiling-mounted propeller (dipasang pada siling)

Kipas yang dipasang di siling ini sesuai untuk keluarga yang mempunyai ruang sembahyang di rumah.

Pakar KDK mengatakan bahawa kipas yang dipasang pada siling ini sesuai untuk kegunaan kediaman kerana reka bentuk Q-blade yang menyediakan keseimbangan sempurna dan tidak bising, untuk memastikan keadaan rumah anda aman dan selesa.

Terdapat 3 model jenis kipas ventilasi ini, dengan saiz antara 15cm hingga 25cm.

“Bagi mereka yang mempunyai mazbah dan menggunakan setanggi dengan kerap, disarankan untuk memasang kipas siling ini untuk menyediakan pengudaraan yang baik dan mencegah sesakan nafas yang disebabkan oleh setanggi," kata para pakar.

KDK ceiling-mount Sirocco Type (dipasang pada siling)

Dengan sistem pengalihudaraan yang berkesan, keluarga anda boleh hidup dalam persekitaran yang sihat dan selesa.

Sama seperti jenis kipas siling yang disebut di atas, kipas ekzos KDK Ceiling Mount Sirocco juga dipasang di siling, tetapi ia disambungkan kepada sebuah sistem saluran. 

Jenis ini amat sesuai untuk bahagian rumah dengan siling yang ditutup sepenuhnya, atau di bilik dengan tembok yang tidak berhubung dengan kawasan luar. Contohnya, tandas tetamu yang terletak di tengah-tengah rumah.

Dengan sistem pengalihudaraan yang berkesan, udara yang tercemar dapat dikeluarkan manakala udara bersih dapat ditarik untuk menyediakan persekitaran yang sihat dan selesa. Rumah anda boleh bermanfaat daripada sistem pengalihudaraan yang baik dari segi kawalan udara; penyahbauan; pengekalan tahap kelembapan; penyingkiran bahan pencemar; dan penyediaan peredaran udara yang berkesan.

Tiada pilihan yang lebih baik dari KDK untuk memberikan penyelesaian yang sesuai untuk rumah anda kerana mereka mempunyai kipas ekzos paling praktikal dengan reka bentuk yang berbeza untuk memenuhi keperluan anda.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menyemak panduan video KDK di SINI!


Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected].


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!