Sama ada anda seorang peminat gaya hidup “outdoor” yang berpengalaman atau baru berjinak dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang gaya hidup ini, anda pasti akan menyukai jenama EIGER Adventure (EIGER)!
Mulai 23 hingga 25 Februari, EIGER akan menampilkan pelbagai koleksi pakaian dan peralatan untuk gaya hidup penggemar alam semula jadi di Pesta Off The Grid (OTG), yang akan berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) dari 10am-10pm.
Menurut Jason Edward Wuysang, Pengurus Besar Pemasaran EIGER Adventure, kehadiran EIGER di Malaysia pada awal 2024 adalah komitmen mereka untuk meluaskan pasaran dan peluang kerjasama antara jenama EIGER dengan ribuan komuniti dan aktivis alam semula jadi di Malaysia.

Lawati EIGER di MyTown KL!
EIGER baru-baru ini telah membuka kedai pertamanya di Malaysia yang terletak di MyTown, Kuala Lumpur dan mereka juga sedang bersedia untuk membuka kedai kedua dan ketiganya pada suku pertama dan kedua 2024. OTG 2024 akan menjadi penampilan pertama mereka di acara tempatan di Malaysia.
"Perjalanan panjang EIGER selama 35 tahun di Indonesia telah memberikan kami banyak pengetahuan dan pengalaman untuk meluaskan pasaran ke Malaysia. Dengan kepakaran dalam “Tropikal Adventure”, EIGER mempunyai pelbagai koleksi baru yang akan dipamerkan di pesta OTG seperti pakaian dan peralatan untuk berkhemah dan mendaki, peralatan teknikal untuk mendaki gunung dan larian denai serta pakaian Eiger 1989 (Lifestyle). Kita juga mempunyai koleksi EIGER Riding untuk pemanduan harian dan jarak jauh. Kebanyakan produk EIGER yang dihasilkan di Indonesia, melibatkan pembekal dari sektor PKS. Ini adalah usaha kami untuk menyokong perniagaan kecil,” katanya.

“Malaysia mempunyai landskap semula jadi yang serupa dengan Indonesia dan dengan peningkatan minat dari kalangan komuniti gaya hidup outdoor di Malaysia, kami ingin memperkenalkan pelbagai pilihan produk EIGER untuk pengembaraan menerokai alam semula jadi di Malaysia," jelas Jason.
Acara Off The Grid 2024 dijangka akan membawa ribuan pengunjung. Ini kerana, selepas pandemik Covid-19, penduduk di Malaysia mempunyai perubahan budaya yang hampir sama seperti di Indonesia. Budaya untuk melakukan lebih banyak aktiviti luar, menikmati alam semula jadi dan mengembara.
“OTG 2024 bukan hanya sebuah perhimpunan komuniti atau acara membeli-belah. Ia mengenai membina ekosistem yang menyokong gaya hidup outdoor, di mana setiap individu, sama ada baru bermula atau lama terlibat, boleh mencari ruang untuk berkembang dan berkongsi,” katanya.
EIGER telah menjemput pelbagai komuniti pengembara dan penggemar alam untuk menghadiri festival Off The Grid di MAEPS Serdang. Jangan lepaskan peluang untuk mendapat diskaun menarik, hadiah, permainan dan ribuan koleksi baharu untuk pelanggan EIGER di Malaysia.
Ingin melihat produk EIGER Malaysia? Kunjungi laman Shopee dan Lazada hari ini!
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

