malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Kandungan Berjenama
Young Futuremakers: Peluang kerjaya lebih cerah dalam perkhidmatan makanan
Diterbitkan:  Dec 15, 2023 1:33 PM
Dikemaskini: 5:33 AM

Industri makanan dan minuman adalah penting kepada ekonomi Malaysia. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, sektor ini terus menjadi penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sepanjang tahun. Oleh itu bagi mereka yang ingin mencari kerjaya yang memberi manfaat, sektor ini adalah pilihan yang menarik untuk anda mula meneroka! 

Dikenali sebagai Young Futuremakers Malaysia, projek Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) Young Futuremakers Malaysia mengambil inisiatif untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal untuk pelatih TVET dari pelbagai institusi serta latihan kemahiran komunikasi dan digital untuk belia yang bekerja dalam sektor perkhidmatan makanan.

Seramai 591 individu dari Lembah Klang, Kedah dan Pulau Pinang telah menerima latihan kemahiran daripada tiga penyedia latihan: CJ Academy, Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC) dan Thames Oxford Academy. Latihan tersebut telah dijalankan bermula dari bulan Julai hingga November 2023.

Pada 7 Disember 2023, ILO Young Futuremakers Malaysia telah mengadakan majlis penutup dan sesi perkongsian pengetahuan mengenai pelaksanaan latihan kemahiran untuk pelatih Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TVET) dan belia dalam industri perkhidmatan makanan.

“Kami berharap agar golongan belia dapat memanfaatkan kemahiran dan pengetahuan yang diterima sepanjang projek ini. Program ini bertujuan untuk memberikan pengalaman dan meningkatkan prospek kerjaya bagi mereka yang ingin menjadi pengurus, chef, pembantu chef, pelayan. pembantu dapur dan sebagainya,” kata Felix Weidenkaff, Pakar Pekerjaan, ILO.

Di peringkat global, ILO telah bekerjasama dengan Standard Chartered Foundation untuk melaksanakan inisiatif Young Futuremakers. Program ini memberi tumpuan kepada tiga bidang iaitu pendidikan, pekerjaan dan keusahawanan.

Belia kita mempunyai keupayaan untuk memacu negara

Mewakili Standard Chartered Saadiq Berhad, Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Suhaimi Abdul Hamid berkata, ia adalah inisiatif Standard Chartered untuk menangani ketidaksamaan dengan menggalakkan rangkuman ekonomi yang lebih besar dalam pasaran dan Young Futuremakers menyokong objektif ini. Program ini mendorong belia untuk mendapatkan latihan berasaskan kemahiran, kebolehpasaran atau keusahawanan. Dengan kemahiran dan platform yang sesuai, generasi muda akan lebih bersedia untuk menghadapi pelbagai isu sosial, di samping menerima landskap persekitaran dan trend kerja yang sentiasa berubah.

Meluaskan pengalaman dalam industri perkhidmatan makanan

Menurut Ketua Sektor Kulinari dan Pastri (INPENS), Nur Waheeda, program ini membantu pelajarnya dari segi pembelajaran teori dan praktikal, seperti cara dapur atau restoran beroperasi dan kepentingan berkomunikasi dengan berkesan.

“Saya menyertai program Young Futuremakers untuk mendapatkan pengalaman untuk bekerja di restoran. Program ini juga menyediakan aktiviti yang memberi peluang untuk berinteraksi seperti “roleplay”. Ini melatih saya untuk menjadi lebih yakin semasa berdepan dengan orang,” kata Nur Kharisma Azira, pelajar dari Perkhidmatan Penyediaan dan Pengeluaran Makanan.

Dapatkan info kerjaya terkini melalui saluran Telegram 

ILO Young Futuremakers Malaysia mengalu-alukan golongan belia untuk menyertai saluran Telegram yang diwujudkan khusus bagi mendapatkan maklumat-maklumat terkini  mengenai pendidikan, kemahiran dan peluang kerjaya dalam industri perkhidmatan makanan. Anda boleh ketahui lanjut mengenai usaha ini melalui aplikasi Telegram di pautan: https://t.me/yfmtvet 

Layari https://www.sc.com/en/sustainability/investing-in-communities/futuremakers/ untuk mendapatkan maklumat tentang Futuremakers by Standard Chartered. Anda juga boleh  ketahui lanjut tentang program pembangunan belia oleh Standard Chartered Foundation di: https://www.sc.com/en/sustainability/investing-in-communities/scfoundation/.


Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!