malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Kandungan Berjenama
Sejukkan rumah pada cuaca panas terik dengan “Baby Fan Series” dari KDK!
Diterbitkan:  May 19, 2023 2:29 PM
Dikemaskini: May 23, 2023 10:42 AM

Kipas siling merupakan antara kelengkapan elektrik yang paling penting dalam setiap rumah lebih-lebih lagi negara kita yang beriklim tropikal.

Jika anda sudah menjumpai rumah idaman anda? Atau bercadang untuk berpindah ke rumah sewa baharu? Perkara pertama yang perlu anda ambil kira ialah kipas siling.

Terdapat pelbagai pilihan reka bentuk dan model kipas yang boleh kita pilih di pasaran hari ini. Salah satu jenama yang dipercayai oleh ramai pengguna adalah jenama KDK, yang menawarkan pelbagai pilihan kipas siling, kipas am, kipas ekzos dan lain-lain.

Seiring dengan kualiti terbaik KDK juga menghasilkan produk inovatif yang memenuhi citarasa pengguna. Jika anda sedang mencari kipas siling yang sesuai untuk ruang sempit di rumah atau ruang komersial, anda berada di tempat yang betul! 

Memperkenalkan “Baby Fan Series” dari KDK!

Pemasangan yang Mudah, Kemas dan Kukuh

Modal K11ZF-WT dan K11ZF-GY 110cm/44" dari Baby Fan Series menggunakan pasangan cangkuk (“hook structure installation”). Fleksibiliti dalam pemasangan ini memudahkan untuk memasang kipas di lokasi yang optimum untuk peredaran udara. Pasangan ini bukan sahaja menstabilkan kipas tetapi juga mengurangkan risiko kemalangan atau kerosakan.

Bilangan Bilah - Lebih Banyak, Lebih Baik?

Semasa mencari kipas siling, soalan pertama ramai akan tanya ialah, "lebih banyak bilah, lebih baik ke?".

Perbandingannya adalah berdasarkan pilihan pelanggan bagi jenis aliran udara. Kipas 3-bilah seperti modal K11ZF, akan memberi aliran udara yang lebih kuat, membolehkan anda merasa angin dari kipas ini. Kipas yang mempunyai 4 atau 5 bilah pula boleh memberikan aliran udara yang lebih lembut yang menenangkan. 

Baby Fan Series mempunyai bilah kipas yang diperbuat oleh plastik PPG yang tahan lama serta diperkuat dengan bahan gentian kaca. Ini untuk menyediakan aliran udara yang lancar dan kuat sambil mengekalkan bunyi operasi pada tahap rendah. Selain itu, Plastik PPG juga akan elak dari risiko berkarat.

Alat Kawalan Jauh yang Cekap

Kipas dari modal ini turut dilengkapi dengan alat kawalan jauh dengan fungsi 1,3, 6 jam pemasa (timer), fungsi kawalan kelajuan mod tidur serta  “OFF Timer Function”.

  1. Butang Hidup/Mati

    Untuk menghidupkan atau mematikan kipas siling

  2. Butang Kelajuan

    Untuk memilih Kelajuan 1,2,3

  3. “OFF Timer”

    Untuk memilih “OFF Timer” 1,3,6 Jam

  4. “Timer Cancel”

    Tekan untuk membatalkan mod tidur atau “OFF Timer

  5. Mod Tidur

Untuk menghentikan kipas siling mengikut tetapan masa. Kelebihan mod tidur adalah untuk mencipta suhu persekitaran yang optimum serta untuk menjimatkan tenaga. 

Sesuai untuk ruang sempit

Tersedia dalam warna putih dan kelabu, ianya satu pilihan kipas siling yang moden dan sesuai untuk ruangan yang sempit seperti bilik tidur, ruang belajar atau ruang hiasan oleh kerana kuantiti bilahnya yang boleh menghasilkan angin yang kuat.

Mematuhi Polisi Keselamatan Panasonic

Kipas dari “Baby Fan Series” juga dilengkapi dengan thermal safety switch, cut-off safety switch, wayar keselamatan  serta blade safety plate untuk memastikan keselamatan pengguna terjamin.

  1. Jika terdapat sebarang lonjakan arus secara tiba-tiba atau jika haba terbina dalam motor, sebelum motor tersebut menjadi terlalu panas, thermal safety switch akan terputus dan motor akan berhenti.

  2. Apabila terdapat goyangan yang berlebihan, “cut-off safety switch” akan memutuskan bekalan elektrik. Suis ini akan menanggalkan tuil dari suis dan kipas akan berhenti.

  3. Apabila wayar keselamatan dipasang dengan betul, kipas akan kekal tergantung di siling walaupun paip atau motor kipas tertanggal.

  4. Bilah yang rosak akan kelihatan tergantung dengan blade safety plate/cangkuk keselamatan apabila kipas beroperasi.

Penggunaan kipas siling  lebih menjimatkan daripada penghawa dingin

Semua kipas siling dari KDK direka dengan teknologi kecekapan tenaga. Jadi, anda tidak perlu bimbang tentang kos elektrik yang tinggi. Kebanyakkan kipas mereka diiktiraf dengan taraf tenaga 5-bintang, jadi ianya disahkan mampan dan hijau.

Anda juga perlu mengambil kira penggunaan kuasa sebuah kipas. Penggunaan kuasa mestilah rendah agar penggunaan elektrik juga berada dalam tahap yang minimum. Ianya mudah untuk anda semak, hanya lihat pada tenaga (Watt) yang digunakan pada deskripsi kipas. Semak juga jumlah aliran udara yang mampu dihasilkan oleh kipas tersebut. Ini dapat membantu anda melakukan pilihan yang bijak berdasarkan saiz ruang agar udara boleh memenuhi seluruh ruang.

Kipas siling yang terbaik adalah kipas yang menghasilkan jumlah aliran udara yang banyak dengan menggunakan tenaga yang sedikit.

Dapatkan kipas siling dari KDK Baby Fan Series hari ini! Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.kdk.com.my/product/k11zf-wt/ dan https://www.kdk.com.my/product/k11zf-gy/


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!