malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Kandungan Berjenama
Bajet 2023: Kerajaan sokong kemampanan sektor pelancongan
Diterbitkan:  Nov 6, 2022 5:17 PM
Dikemaskini: Nov 8, 2022 3:01 AM

Peruntukan RM1.16 billion dalam Bajet 2023 bagi mengurus dan pembangunan sektor pelancongan, seni dan budaya, menunjukkan kesinambungan usaha kerajaan dalam memulih serta memantapkan ekonomi negara.

Pada tahun hadapan, kerajaan menyasarkan ketibaan pelancong asing lebih daripada 15 juta pelancong dengan nilai pendapatan RM47.6 bilion.

Bajet 2023: Bantu pulih sektor pelancongan tempatan

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyambut baik inisiatif kerajaan di bawah pimpinan YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, atas komitmen kerajaan jelas dalam memastikan agenda pertumbuhan ekonomi negara terus diberi tumpuan bagi memperkasa industri dan perniagaan terus disokong dalam fasa pemulihan dan pertumbuhan ini.

MOTAC menyifatkan bajet ini sebagai tanda sokongan dan komitmen berterusan kerajaan untuk menjadikan industri pelancongan, seni dan budaya tempatan, kembali teguh.

Selain itu, RM25 juta insentif akan diberikan kepada rakyat dalam bentuk diskaun, baucar dan rebat bagi penginapan, pakej pelancongan, kraf tangan dan karya seni sehingga RM100; peruntukan RM25 juta bagi Program Merakyatkan Seni Budaya dan Warisan; serta pengecualian cukai 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi pelancong asing dan tempatan.

“Kebanyakan industri pelancongan akan memerlukan dana tambahan daripada kerajaan untuk membiayai perniagaan mereka tetapi saya percaya satu alternatif yang kerajaan dapat perkenalkan ialah dengan memulihkan industri pelancongan tempatan, sekaligus menjana keterujaan rakyat tempatan kita untuk menghargai negara sendiri,'' kata Ezani, Pengurus, The Mines Resort dan Kelab Golf.

“Pada pendapat saya, kerajaan harus mengambil inisiatif dalam penambahbaikkan logistik di kebanyakan pulau seperti perkhidmatan feri dan teksi. Selain itu, mereka juga harus menambah tempat tarikan bagi pelancong seperti menaik taraf taman tema, air terjun, mercu tanda negara dan banyak lagi,” kata William, Pengurus Resort, Pangkor Sandy Beach Resort.

Sementara itu, dana lain berkaitan pelancongan ialah:

  • Perkhidmatan Penerbangan Cartar, termasuk dari Timur Tengah dan Asia Timur serta laluan penerbangan terus baharu dari destinasi antarabangsa;

  • Para pengusaha pelancongan juga boleh memanfaatkan inisiatif melalui Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) yang menyediakan pembiayaan sehingga RM9 billion bagi PKS khususnya untuk sektor strategik iaitu agromakanan, teknologi mampan, pelancongan serta minyak dan gas.

  • RM10 juta untuk ekopelancongan melibatkan menaik taraf tarikan ekopelancongan di Gua Kelam, Perlis, mengurus sisa pepejal mampan di Pulau Perhentian, Terengganu dan mempergiat aktiviti-aktiviti di Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di Kuantan, Pahang;

  • Dana Pembiayaan Infrastruktur Pelancongan berjumlah RM1 billion bagi memperkukuh momentum pemulihan sektor pelancongan termasuk pembiayaan untuk pemulihan hotel, pembaharuan bandar serta pemuliharaan warisan.

  • RM10 juta melalui inisiatif ThinkCity bagi penjanaan semula pusat Bandar Kuala Lumpur; dan

  • RM20 juta disediakan kepada Malaysia Healthcare Travel Council.

Penumpuan utama difokuskan untuk kembali menarik pelancong asing ke negara kita terutama pelancong kesihatan. Pada masa sama, pelbagai inisiatif diberi untuk memastikan sektor industri pelancongan bersiap sedia dari segi menaik taraf infrastruktur dan kecukupan pekerja.

Menurut Dr Kung, Pakar Perubatan dan Pengurus Klinikal China GHHS Healthcare, pelancongan kesihatan dapat membolehkan pesakit mempunyai lebih banyak peluang untuk meneroka pelbagai pilihan penjagaan kesihatan berkualiti dengan pengalaman budaya yang berbeza di luar prosedur perubatan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!