Sidang kedua Debaton Parlimen Belia 2022 telah disiarkan pada 20 Ogos 2022 dan ia benar-benar luar biasa. Topik “Mengapa Belia Tidak Mengundi?'' dibahaskan dengan hangat oleh 10 pembahas dari seluruh Malaysia. Sesi itu dikendalikan oleh Naib Presiden Majlis Peguam Malaysia, Encik Mohamad Ezri.
Anjuran Malaysiakini dan KiniEvents, Debaton Parlimen Belia 2022 disertai oleh rakan-rakan seperti, The Delegation of the European Union to Malaysia sebagai Rakan Kolaborasi, Bersih sebagai Rakan Strategik dan Taylor’s College sebagai Youth Empowerment Partner.
Acara ini turut disokong oleh Rakan Bersama kami, Malaysian Institute of Debate and Public Speaking (MIDP), UndiSabah, Undi18, Impact Malaysia, The Risers, Institute for Research and Development of Policy (IRDP), University of Malaya Students Union (UMSU) dan International Islamic University Malaysia Students Union. Akhir sekali, Rakan Media kami iaitu KiniTV, World of Buzz, Cilisos Media dan Astro Awani.
Pendebat yang menyertai sesi ini berumur 18 hingga 23 tahun dan mereka telah mengetengahkan banyak isu yang dihadapi oleh golongan muda ketika mengundi untuk pilihan raya seperti kleptokrasi yang mana rakyat yang berkuasa harus dihukum oleh undang-undang sama seperti rakyat biasa sedang dihukum dan kewujudan defisit kepercayaan belia terhadap ahli politik Malaysia.
Selain daripada isu-isu ini, pendebat juga telah mencadangkan cadangan yang boleh memerangi isu peratusan keluar mengundi yang rendah dan juga untuk menggalakkan belia untuk lebih terlibat dalam arena politik. Cadangan daripada para pendebat masih boleh diundi sehingga 19 September 2022.
Muhammad Aqmar Putra, pelajar berusia 20 tahun dari Universiti Bristol telah dianugerahkan Pendebat Terbaik untuk sesi yang ke-2 ini. Beliau dianggap luar biasa oleh panel hakim kerana beliau telah menekankan dengan tegas bagaimana Malaysia harus menguatkuasakan Akta Parlimen Penggal Tetap kerana tarikh pilihan raya umum Malaysia yang tidak konsisten dan harus mengikuti contoh negara lain seperti Amerika Syarikat, yang mempunyai pilihan raya umum pada hari Khamis pertama pada bulan Mei setiap lima tahun.
Pendebat Terbaik dipilih oleh wakil penganjur dan rakan kongsi. Panel hakim ialah Chandran Ravi, Ketua Pegawai Operasi Malaysiakini; Norman Goh, Press and Information Officer, The Delegation of the European Union to Malaysia; Mohd Muttaqin, Program Director, Foundation of Business dari Taylor's College; dan Azim Nadzari, Head, Training & Development, MIDP.
Para hakim secara kolektif bersetuju bahawa pendebat muda mempunyai beberapa petunjuk yang hebat seperti golongan muda sudah bosan dimonopoli oleh pembuat peraturan. Tambahan pula, pembahas turut mengetengahkan di mana pengundi muda dijangka mengundi seawal usia 18 tahun tanpa pengetahuan asas yang betul berhubung situasi politik di Malaysia yang menyebabkan kebanyakan belia berasa seperti belum bersedia untuk mengundi. Beberapa pendebat mencadangkan bahawa pendidikan yang sewajarnya patut diberikan kepada belia di sekolah dan universiti bagi menyediakan mereka untuk mengundi dalam pilihan raya akan datang.
“Para pendebat di pusingan kali ini ini amat berani dan tidak segan untuk menuding jari ke arah kemelut pentadbiran kerajaan. Pendebat juga telah memberikan beberapa cadangan yang realistik untuk menarik minat belia untuk mengundi. Yang paling penting, apa yang dapat dipetik daripada sesi ini adalah kepentingan untuk mempunyai seorang pemimpin berwibawa yang boleh memastikan kerajaan yang bersih, dapat menghapuskan kleptokrat dan mampu berhubung dengan para belia,” Chandran Ravi, COO Malaysiakini berkata.
Undi kenyataan pendebat dan juga pendebat kegemaran anda mulai sekarang hingga 19hb September 2022. Untuk memahami kenyataan dan cadangan pembahas dengan lebih lanjut, anda boleh menonton tayangan semula sesi yang ke-2 di sini. Pemenang Anugerah Pendebat Paling Popular akan diumumkan pada 20 September 2022.
Pendaftaran untuk mengambil bahagian sebagai pendebat bagi sesi kedua Debaton Parlimen Belia kini DIBUKA dan semua penyerahan hendaklah sampai kepada penganjur selewat-lewatnya pada 30 Ogos 2022 (Selasa). Tiada bayaran diperlukan untuk penyerahan.
Kami berharap untuk menerima penyertaan anda dan jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk berdebat seperti ahli parlimen!
Pengenalan tentang Debaton Parlimen Belia 2022
Siri Debaton Parlimen Belia bertujuan memperkasakan belia berumur 16-25 tahun, dan membincangkan isu-isu penting di Malaysia melalui simulasi parlimen, yang pesertanya memainkan peranan sebagai ahli parlimen. Melalui program ini, golongan belia berpeluang meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang proses penggubalan undang-undang, sekali gus mendedahkan mereka dengan peraturan, prosedur dan etika yang perlu dipatuhi dalam setiap prosiding parlimen. Lawati laman web ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang siri Debaton Parlimen Belia pada 2019.
Debathon Parlimen Belia 2022 dianjurkan oleh Malaysiakini, KiniTV dan KiniEvents. Rakan Bersama untuk acara adalah termasuk The Delegation of the European Union to Malaysia, Bersih, Taylor’s College, Malaysian Institute of Debaters and Public Speaking (MIDP), UndiSabah, Undi18, Impact Malaysia, The Risers, and Institute for Research and Development of Policy (IRDP), University of Malaya Students Union (UMSU), International Islamic University Malaysia Students Union, KiniTV, World of Buzz, Astro Awani, dan Cilisos Media.. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang peluang kerjasama untuk Debathon Parlimen 2022, sila e-mel kami di [email protected]

